Pages

Monday, July 6, 2015

Speech Delayed : Kenapa lambat bertindak?

Bismillah.

Hari ni, ibu terbaca post di Facebook berkenaan masalah lambat bercakap bagi kanak-kanak yang umur lebih kurang sebaya Nabil Rafeef, yang bakal genap 2 tahun 6 bulan esok. Ibu secara jujurnya, rasa agak risau jugak, so bila ibu ada masa lapang sikit, ibu luangkan masa untuk baca setiap komen di post tu, dan Alhamdulillah pembacaan ibu membawa ke page FB puan Ruby Atika, seorang speech therapist.

Untuk orang melayu kita, biasanya kita dimomok dengan mitos, kalau cepat jalan anak akan lambat cakap, kalau cepat tumbuh gigi pulak, anak akan lambat jalan, dan macam2 lagi cepat dan lambatnya. Tu yg kadang-kadang rasa macam, oo biasalah tu, dulu Nabil Rafeef cepat jalan, 10 bulan dah berjalan so akan lambat cakaplah. Huhuu

Kat sini ibu ada listkan sebab-sebab yang biasa kenapa mak ayah lewat memulakan proses terapi:

1) Saya ingat, biasalah anak lelaki lambat cakap.
2) Mak mentua tak bagi saya datang terapi. Macam mendoakan yang anak bermasalah pula.
3) Suami marah bila saya bincang masalah anak. Suami kata, saya terlalu berfikir negatif.
4) Anak saya yang sulung dulu pun lambat cakap juga. Bila dah masuk 4 tahun, dia boleh cakap macam biasa dah. Jadi saya ingat, nanti anak ni pun sama macam abang dia.
5) Dulu pak cik dia pun lambat cakap. Sekarang dah jadi doktor.
6) Saya belikan macam-macam supplement minda, air penawar dari 7 masjid. Saya usaha cara tradisional selain jumpa dengan perubatan islam. Saya ingat nak cuba cara tu dulu.
7) Anak saya ni bukan tak boleh cakap. Dia faham semua, tapi cuma tak sebut saja lagi. (Ini memang denial stage paling hebat).
8) Saya ingat nak hantar dia ke tadika dulu. Tengok perkembangan dia di tadika macam mana. Kalau tak cakap juga, baru nak mulakan terapi.
Banyak lagi sebenarnya..

Menurut Puan Ruby Atika, selagi anak tu umur 3 tahun lebih, maka masih dikira sempat untuk intervansi awal. Maknanya, kita latih dan proses intervansi ini mengharap pada prognosis (jangkaan kejayaan) yang baik. Tapi kalau datang pada usia 4 tahun ke atas, baru nak mula terapi, dalam keadaan kosa kata masih kurang 20 perkataan, masa tu memang sukar.

Macam mana kalau biar saja anak saya berkembang sendiri dan tak buat apa-apa terapi, apa akan jadi? Adakah dia akan ok saja nanti?
Puan Ruby Atika kata, jika diagnosisnya ialah severe speech delay, tak buat terapi, biar saja begitu seperti hari-hari biasa, maka kesudahannya ialah Sekolah Pendidikan Khas. Jawapan agak kejam dan sangat berterus terang. Tapi sebenarnya sebab Puan Ruby Atika harap, mak ayah di luar sana dapat kuatkan semangat untuk berusaha demi anak anda.

Jomlah kita bersusah dahulu (ketika anak bawah usia 5 tahun) adalah jauh lebih berguna daripada bersusah kemudian (apabila anak telah mencecah usia 7 tahun ke atas).

Jadi, bilakah waktu yang paling awal untuk memulakan proses terapi?
– Seawal umur 2 tahun.
– Sebaik saja rasa anak macam tak sama perkembangan bercakapnya berbanding rakan yang sebaya, so bolehlah masukkan dalam jadual harian untuk set masa berjumpa dengan speech therapist untuk membuat penilaian.

Nak tahu adakah anak-anak kita berisiko dan
menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan atau tak? Klik sini

No comments: