Pages

Showing posts with label keluarga 36. Show all posts
Showing posts with label keluarga 36. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Happy birthday bride-to-be!


The last one she’s having as a single lady. 

Sanah helwah my dear baby sister, wish you happiness ever after, ditambah keimanan & kekuatan. Moga terus thabat dlm perjuangan juga sentiasa dalam redhaNya. insyaAllah. Dan semoga ikatan yang bakal terbina berkekalan hingga ke syurga. ♥♥

Friday, February 28, 2014

BBQ di JB


Khamis lepas, 20 Februari 2014, ibu dan mak teh telah merancang aktiviti BBQ di JB. Sebenarnya plan asal, nak ajak pak ngah datang makan kat rumah je, tapi bila fikir-fikir balik, buat BBQ dan ajak semua orang datang best jugak!

Cabaran
1. Sebenarnya tokbi ada meeting hari khamis, tapi setelah rasa teruja nak join, tokbi telah tangguh meeting tokbi kepada hari jumaat.
2. Nekmi ada pertandingan gubahan telekung petang khamis tu. Tapi itu bukan masalah besar sebab yang akan memasak adalah ibu dan mak teh.
3. Pak ngah ada qiam. Setelah berbincang, pak ngah setuju untuk pergi qiam setelah habis makan-makan.
4. Uncle Bear ada Qiam jugak! Alamak, dah tak boleh nak tangguh hari lain BBQ ni sebab tokbi dah tangguh meeting tokbi. So sorry. Uncle bear tak dapat join kitorang :(

Menu
1. Beef
2. Lamb
3. Chicken
4. Salmon
5. Baked macaroni
6. Mashed potato
7. Mushroom soup
8. Blackpepper sauce
9. Mixed veggie
10. Moist choc cake
11. Blueberry cheese cake (Kak long bawak)
12. Fruit cocktail

Seronok! Kami ajak, cikda sefamily, Ali sefamily, kak long dan angah sefamily. Tapi yang tak bestnya sebab babah xde. hmmmmmmmmm :(

Monday, September 16, 2013

selamat hari lahir!


Dah genap 4 tahun. Sekejap je. Tahun depan dah boleh pergi tadika. Jadi anak-anak yang solehah okay!

Happy birthday!

Thursday, September 12, 2013

tokbi ada meeting lagi

Hari ni, tokbi ada meeting lagi. Tokbi tak datang berseorangan. Ada peneman.



Petang sikit. Kami pergi taman permainan. Takboleh lama sangat sebab tokbi kena sampai Johor sblm pukul 11 malam.




Tuesday, September 3, 2013

tokbi bermalam di rumah



Semalam tokbi singgah rumah. Eh bukan singgah, tapi bermalam di rumah kita.

Tokbi ada meeting di Uniten, Bangi. Harini ada sambungan meeting lagi, so kena stay somewhere lah. Kalau last week, tokbi bermalam di rumah Tuan Rashid. Tapi minggu ni Tuan Rashid tak ada. Dia ke Jakarta. Daripada tidur di hotel, ibu ajak tokbi tido di J26. 

Semalam tokbi puasa. Ibu masak ayam sambal, sawi goreng dgn telur dadar je. Alhamdulillah dapat berbuka puasa berempat dengan tokbi.

Sepanjang malam tokbi siapkan kerja dalam bilik. Ada lah tidur kejap-kejap. Kalau Nabil Rafeef dah besar, mesti Nabil Rafeef akan selalu usik tokbi buat keje kan?

Sebelum tokbi gerak pergi Uniten, Bangi harini, kita ber-english breakfast dulu. Alhamdulillah.

Selamat bermeeting, tokbi !