Pages

Showing posts with label babah. Show all posts
Showing posts with label babah. Show all posts

Monday, March 9, 2015

terima kasih kekanda


Dinda nampak gambar ni di facebook. Terus dinda ingat detik selepas dinda lahirkan Nawal Raudhah. Waktu tu, memang waktu terlemah dinda rasa. Darah banyak keluar, dan dinda rasa gelap gelita. Nak pitam.

Terima kasih kanda, kerana ada di sisi dinda. Jaga dinda di saat dinda sangat lemah. 

Monday, March 2, 2015

Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untukmu ya Allah.


Setelah 3 tahun 3 bulan, kami menjejak kaki ke Masjid Al-Hidayah lagi. Hehe. Bukan berdua, bukan bertiga tapi berempat. Hehe. Apa lagi, ibu dan babah mengimbau kembali kenangan saat sah menjadi suami isteri bersaksikan berpuluh-puluh pasang mata, dengan kilauan flash sebab ramai yang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar (okay over je sebenarnya), ibu dan babah bagai dilamun cinta kembali. Segalanya terasa bagai baru semalam, ehhh tetiba dah ada dua orang anak cute miut ni. Hehehe.


Masjid ni masih cantik dan bersih dan best seperti dulu lagi. Dan lagi best, banyak perubahan yang rasanya tak banyak masjid yang buat macam masjid ni.


Untuk ibu yang nak ambil wudhu, pastu ada Nawal Raudhah pulakkan, rasa sangat gembira bila terpandang 'bilik persalinan dan gantian lampin', rasa macam nak melompat-lompat happy. Bilik tu betul-betul sebelah tempat ambil wudhu dan tandas. Kalau tinggalkan Nawal Raudhah kejap pun tak risau sebab kalau Nawal Raudhah nangis, sekelip mata ibu boleh terus muncul depan mata Nawal Raudhah. Hebat sangat tauuuu! Haha. Bilik yang disediakan ringkas je, siap ada sejadah dan telekung lagi. So ibu solat dalam bilik tu je. Happy sangat.

Macam-macam kemudahan ada kat masjid ni. Ada perpustakaan, ada ruang mesyuarat / rundingcara, ada gelanggang futsal, ada buaian dan macam-macam lagi. Sangat best!


Waktu nak akad nikah kat Masjid Al-Hidayah ni, memang orang masjid dah siapkan carpet untuk kawasan nak akad nikah tu, pastu ada bantal yang pengantin duduk tu. Alhamdulillah memang mudah dan lancar acara akad nikah ibu dulu.

Wednesday, August 6, 2014

segar sentiasa dengan teamix


#Herbalife #Teamix palinggggg best!

Kalau Formula 1 tu striker, Teamix ialah attacking midfielder. Teamix ialah minuman herba yang menyegarkan hasil gabungan khasiat turun temurun teh herba dan juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden.

Ingat ABCDEF, ingat Teamix!

A - Antioksida. 
Bahan Green tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.

B - Bakar lemak.
Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.

C - Cuci perut, cuci darah.
Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dan Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin daripada Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO).

D - Detoks, diuretic.
Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.

E - Energy / Tenaga.
Teamix mengandungi kafein yang memberikan tenaga tetapi, ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.

F - Feel good.
Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerungsingan. 

Sebotol Tea mix 100g cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga lebih kurang RM4.00, ia sama harga dengan minuman 3 dalam 1 atau air tenaga dan mahal sedikit daripada setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu, mana satu yang tinggi khasiatnya. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Teamix ini, boleh tanya saya 0193727243.

*Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.

Friday, December 20, 2013

taman subur atas kepala

Di suatu petang,

Babah   : Apesal lah diorg ni suka taman atas kepala.
Ibu        : Yang banyak2 manik bunga kat tudung atas kepala ke?
Babah   : Ye lah. Nasib baik lah tak ada swimming, takde pokok2..
Ibu        : Erk.

(pheww, nasib baik tak terbeli. Kalau tak, kaw-kaw kena kutuk)

Sunday, October 6, 2013

kad birthday siapa?


My husband is not a typical romantic person that every wife dream to. Yes, me too! But deep inside him, there is different way of showing his love. Haha!

Kad ni tersembunyi di bawah  rimbunan recycle paper. Mesti babah dah lupa! Haha. But yet ibu found it. And suddenly hati ibu terharu. 

Should i tell him? Atau tunggu babah serahkan sendiri? 
Atau kad ini bukan untuk ibu?