Pages

Showing posts with label nawal raudhah. Show all posts
Showing posts with label nawal raudhah. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

Berdiri!


5 bulan 19 hari. 

Ibu dengar suara Nawal Raudhah. Sekejap bersuara sekejap senyap. Ibu ngitai melalui celah pintu, Nawal Raudhah berdiri di cot. Oh yes! Nawal Raudhah berdiri. Amboi-amboi anak ibu, dah besar sangat kan awak ni!





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Tuesday, March 31, 2015

cucuk 5 bulan




Alhamdulillah

Hari ni Nawal Raudhah telah dicucuk vaksin untuk 5 bulan punya. Apa vaksin yang dicucuk? Ohh no, ibu taktahu. Alhamdulillah, tak ada tanda-tanda meragam atau nak demam.

Tuesday, March 17, 2015

merangkak


Di usia 5 bulan 1 hari, Nawal Raudhah dengan gigihnya dah mula mengangkat badan untuk merangkak. You go strong baby girl!






Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Monday, March 9, 2015

Anbebe baby seat

Dulu, ibu pernah berniat nak beli baby seat untuk Nabil Rafeef memandangkan bila dah masuk usia 4-5 bulan ni, biasanya baby dah xsuka baring. Samada nak duduk atau berdukung. Ibu survey Bumbo punya baby seat di kedai baby, try test Nabil Rafeef duduk, agak ketat jugak memandangkan waktu tu peha Nabil Rafeef macam dipam-pam. So niat nak beli tu ditangguhkan.


Maka nak dijadikan cerita, untuk Nawal Raudhah, tercapai jugak niat nak beli baby seat. Tapi kali ni bukan Bumbo punya tapi Anbebe. 

Daripada segi material, rasanya tak jauh beza, cuma size ruang kaki baby untuk baby seat Anbebe ni lebih lebar daripada Bumbo. So baby yang peha bersize L, sangat sesuai guna baby seat Anbebe.


Alhamdulillah, mudah sikit ibu nak buat kerja sambil ditemani Nawal Raudhah.

So sesiapa rasa nak beli, boleh 
contact 019 628 7862 atau search instagram keyshascloset. Dalam byk-byk tempat ibu survey, Keysha's Closet ni lah yang paling murah yang jual baby seat Anbebe.

Monday, March 2, 2015

Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untukmu ya Allah.


Setelah 3 tahun 3 bulan, kami menjejak kaki ke Masjid Al-Hidayah lagi. Hehe. Bukan berdua, bukan bertiga tapi berempat. Hehe. Apa lagi, ibu dan babah mengimbau kembali kenangan saat sah menjadi suami isteri bersaksikan berpuluh-puluh pasang mata, dengan kilauan flash sebab ramai yang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar (okay over je sebenarnya), ibu dan babah bagai dilamun cinta kembali. Segalanya terasa bagai baru semalam, ehhh tetiba dah ada dua orang anak cute miut ni. Hehehe.


Masjid ni masih cantik dan bersih dan best seperti dulu lagi. Dan lagi best, banyak perubahan yang rasanya tak banyak masjid yang buat macam masjid ni.


Untuk ibu yang nak ambil wudhu, pastu ada Nawal Raudhah pulakkan, rasa sangat gembira bila terpandang 'bilik persalinan dan gantian lampin', rasa macam nak melompat-lompat happy. Bilik tu betul-betul sebelah tempat ambil wudhu dan tandas. Kalau tinggalkan Nawal Raudhah kejap pun tak risau sebab kalau Nawal Raudhah nangis, sekelip mata ibu boleh terus muncul depan mata Nawal Raudhah. Hebat sangat tauuuu! Haha. Bilik yang disediakan ringkas je, siap ada sejadah dan telekung lagi. So ibu solat dalam bilik tu je. Happy sangat.

Macam-macam kemudahan ada kat masjid ni. Ada perpustakaan, ada ruang mesyuarat / rundingcara, ada gelanggang futsal, ada buaian dan macam-macam lagi. Sangat best!


Waktu nak akad nikah kat Masjid Al-Hidayah ni, memang orang masjid dah siapkan carpet untuk kawasan nak akad nikah tu, pastu ada bantal yang pengantin duduk tu. Alhamdulillah memang mudah dan lancar acara akad nikah ibu dulu.

meniarap


Alhamdulillah di usia 3 bulan, Nawal Raudhah sudah mula meniarap sendiri. Kalau ibu letak je, terus pusing, letak je, terus pusing. Suka meniarap ye? Hehe. Bila dah penat meniarap, nangis mintak angkat.

Dan di usia 3 bulan setengah, amboi anak ibu ni dah pandai golek2 macam dalam cerita hindustan. Tau-tau dah kat ceruk sana. Menjelajah sana sini.


Perkembangan paling terbaru, anak ibu yg selalu buat ibu geram ni, dah pandai tarik badan untuk bergerak. Laju je. Sedar-sedar dah kat bawah kerusi dah. Hahaha. Mop satu rumah!

Alhamdulillah. 

Dulu Nabil Rafeef tak macam awak. Sebab badan dia berat, dia hanya busy angkat kepala je. Sekali je Nabil Rafeef pernah pusing meniarap, pastu takde dah. Terus berdiri dan meniti. Skip meniarap dan merangkak. Huhuu. 

Apa-apa hal pun, Alhamdulillah.





Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Monday, February 23, 2015

nak adik, please.

Amboi amboi, harini Nawal Raudhah baru 4 bulan 7 hari. Dah pandai request nak adik pulak. Bosan membesar dengan abang Nabil Rafeef je ke? Hehehe


Kalau ikutkan, orang dulu-dulu (kot) yang cakap, ataupun sekadar gurauan je ke, ibu pun tak sure, tapi diorang cakap, kalau baby isap kaki maksudnya dia nak adik. Hehehe. Pandai2 je kannnnn diorang ni. Amboiii.

Sunday, February 22, 2015

baju baru

Hari ni ibu rambang mata pilih baju dan seluar untuk anak-anak ibu. Babah pulak confirm lah berpeluh bukak wallet keluarkan duit. Hehe.

Alhamdulillah.

Orang kata, anak-anak ni ada rezeki masing-masing. Bila babah ada rezeki lebih, maknanya kena berbelanja lah sikit untuk anak-anak kan babah kann. 



Terima kasih Allah.

Friday, January 30, 2015

main


Anak dara ibu ni sekarang dah pandai main dengan mainan. Dah pegang dengan sangat kuat dan asyik nak masukkan mainan atau jari ibu atau tangan sendiri ke dalam mulut. Orang kata, gatal gusi sebab gigi nak tumbuh. Agaknya lah kan.


So nanti kena ajak babah beli soother. Seronok sikit nak mengigit dan tak rosakkan gusi.





Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi. 

Saturday, January 3, 2015

berair

"Ini mesti waktu mengandung tak dapat apa yang ngidam, kan?"

Ayat yang biasa kita dengar bila orang kita tengok baby berair mulut. Sama macam orang lain, ibu pun tak suka bila orang komen anak ibu macam tu. Dengar dan sengih je lah bila ayat tu masuk dalam telinga.


Di awal kelahiran lagi, Nawal Raudhah ni suka main air liur. Waktu kat dalam labor room, nurse siap tegur sebab Nawal Raudhah main air liur dia. ish ish. Ikut perangai siapalah ni.

Berbeza dengan Nabil Rafeef. Dia relax je sampai umur 10 bulan kot barulah air liur mula keluar. Itupun air liur Nabil Rafeef akan keluar bila dia terlalu fokus terhadap sesuatu sampai lupa nak control air liur sendiri. Hehe. 

Kenapa baby keluar air liur? 
  • Sebenarnya perkara biasa apabila air liur baby asyik meleleh kerana pada usia ini, proses penghasilan air liurnya memang aktif. Tapi, kalau air liur baby keluar berlebihan, boleh berisiko menjadi radang atau jangkitan di sekitar mulutnya. So, selalu lah lap air liur baby supaya mulut baby sentiasa kering.
  • Tidak ada bukti kalau gigi nak tumbuh akan meningkatkan produksi air liur. “Bayi mengeluarkan air liur kerana tubuhnya menghasilkan lebih banyak enzim untuk mencerna makanan padat,” kata Ari Brown, M.D., salah satu pengarang Baby 411










Tuesday, December 9, 2014

ouch! dahi terluka


Kesiannya anak ibu, tak pasal-pasal dah ada luka kat dahi. Harini abang Nabil Rafeef telah mengganas. Tak sempat ibu nak halang. sobs sobs.

Wednesday, December 3, 2014

borak jom


1 December 2014
1 bulan 15 hari
Nawal Raudhah dah pandai balas senyum dan berborak





Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.