Pages

Showing posts with label toilet train. Show all posts
Showing posts with label toilet train. Show all posts

Monday, March 9, 2015

2 bulan tanpa diaper

Alhamdulillah.

Alhamdulillah genap 2 bulan tanpa diapers. Banyak pahit manis. Pahitnya, semestinya bila Nabil Rafeef terbabas, lupa nak ke tandas atau sebab memang tak sempat. Yang manisnya, bila Nabil Rafeef datang kat ibu bagitahu nak kencing sambil dah tak pakai seluar, tergelak ibu tengok ragam awak.

Selama 2 bulan ni, ibu perhati je awak, ibu perhati je awak =.='
1. Bila pergi ke tempat lain (keluar daripada rumah), kena selalu ingatkan Nabil Rafeef utk ke tandas atau tak, kalau tak, memang Nabil Rafeef leka dan terlupa.
2. Kalau dah terbabas sekali, kena selalu tanya untuk ke tandas selepas tu sebab Nabil Rafeef akan lupa ataupun sebab malas nak cakap.
3. Alhamdulillah, lepas sebulan Nabil Rafeef diapers free, baru pandai bukak seluar sendiri. Tak pandai bukak seluar sendiri tak menjadi masalah, asalkan dah tahu rasa dan pandai tunjuk signal nak ke tandas (ibu pun kena kreatif dalam menterjemahkan signal yg Nabil Rafeef tunjuk).
4. Nabil Rafeef ni jenis yang penggeli. Kalau dah buang air besar, biasanya dia suruh siram cepat-cepat, baru dia akan sambung buang air besar lagi. 
5. Awal-awal dulu, Nabil Rafeef paling takut bila nak poo. Mesti nangis-nangis. Yang menyebabkan Nabil Rafeef takut nak poo, sebab takut nak teran dan satu lagi sebab geli. Untuk elakkan berak yang keras, ibu selalu bagi Nabil Rafeef makan buah oren. Alhamdulillah membantu. Kalau tak, carilah makanan yg tinggi serat. Dulu, masa pakai diapers, tak pernah pulak Nabil Rafeef nangis-nangis bila tiba masa nak membuang, tapi bila dah toilet train ni, timbul kes berak keras. Salah satu sebab yang menyebabkan berak keras adalah sebab tabiat tangguh hajat atau keinginan nak berak tu (atau mungkin juga sebab malas nak pergi toilet). Huhuu. Alhamdulillah sekarang dah tak ada drama menangis dalam toilet dah sebab setiap kali Nabil Rafeef rasa nak poo, dia terus ajak ke toilet.

Ikut pengalaman ibu dan nasihat nanny, ajarlah anak toilet train once anak dah pandai cakap atau bagi signal dan tahu rasa nak poo atau pee. Kalau dia pandai cakap nak susu atau lapar, insyaAllah, untuk ke tandas pun, anak akan pandai bagitahu jugak. Untuk ibu, ibu akan cuba ajar anak-anak ibu toilet train once dah masuk umur 2 tahun.

Lagi satu, lagi lambat ajar, lagi anak-anak akan pandai manipulate ibubapa. Hehe. Sebab bila dia rasa pakai diaper senang takpayah nak ke tandas, so dia akan prefer pakai diaper dan malas nak bukak mulut bagitahu nak ke tandas.

Anak-anak yang baru blaja toilet train, selalunya masalah yang susah nak settle bab buang air besar. Ada yang dah ajar toilet train, tapi bila sampai masa nak buang air besar, terus pakaikan diaper, baru boleh poo, kalau tak ditahan je, dikepit je kaki tu. Masa ibu ambik keputusan untuk toilet train Nabil Rafeef, ibu langsung tak pakaikan Nabil Rafeef diaper dah. Tak kira lah waktu berjalan ke, waktu tidur ke, memang langsung tak sentuh diaper size XL tu dah. Alhamdulillah sekarang ni nak kata perfect, tak lah sebab masih ada terbabas, tapi boleh tarik nafas lega dan cakap kat Nabil Rafeef, "ibu so proud of you, my son."

Alhamdulillah

Nak start toilet train jugak? Jom baca pengalaman ibu.
Dah ready ke belum?
macammana nak start?





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Saturday, February 7, 2015

toilet train : macam mana?

Alhamdulillah, checklist untuk tahu yang Nabil Rafeef, ibu dan babah dah ready ke belum sudah di tick semuanya, sekarang masa ditunggu-tunggu sudah sampai. Jom kita lupakan diapers size XL yang baru je babah beli beberapa hari lalu. Huhuu.

Sebenarnya bukan susah dan rasa tertekan pun nak ajar Nabil Rafeef toilet train. Kalau tak ada babah untuk tolong pun, sebenarnya dalam less than a week, Nabil Rafeef dah berjaya diapers free pun. Bravo anakku! Kalau ibu boleh, ibu-ibu yang lain pun mesti boleh jugak lah.

1. Sesi ulang alik ke tandas.
Bangun je daripada tido, ibu terus start dengan sesi masuk keluar tandas. Maksudnya terus tak pakai diapers dah lah. Memula tu, hari pertama start untuk beberapa jam je. Pagi sampai petang je ke. Biarkan je Nabil Rafeef main macam biasa, makan macam biasa, tapi setiap 15 minit ajak masuk tandas. Pastu dah lama sikit, bila dah dapat agak jarak, maybe boleh panjangkan masa, every 30 minutes ke, every 1 hours ke.

2. Tunjuk contoh dan explain
Biasalah budak-budak kann, dia senang meniru. So nak taknak, kita kena tunjuk macam mana cara nak gunakan tandas dengan betul. Hehehe. Lagi mudah, bila kita demonstrate tu, kita explain apa yang sedang berlaku dan biar dia tengok apa yang dah kita 'buat'. Hehehe. Lagi dia senang faham. Tunjuk dia macammana kita basuh, pakai seluar kita balik, flush the toilet dan basuh tangan.
Lagi senang kalau ada kawan-kawan sebaya dia ke, atau adik-beradik lain yang boleh tolong demonstrate kan.

3. Konsisten
Waktu dalam misi penting ni, ibu hanya pakaikan diapers masa Nabil Rafeef dah tido waktu malam je. Diulangi, waktu Nabil Rafeef dah tido ye. Kalau tidur siang hari, ibu hanya lapikkan dengan lapik yang getah tu je, ibu tak pakaikan Nabil Rafeef diapers pun. Masuk je hari ketiga, ibu memang tak sekali-kali pakaikan diapers lagi, tak kisah lah masa nak travel ke atau nak shopping. Memang dah tak pakai diapers langsung.
Tujuan utamanya sebab taknak Nabil Rafeef konfius. aik, sekejap pakai, sekejap tak pakai. So untuk kebaikkan bersama, once dah start toilet train, kalau boleh jangan pakaikan diapers lagi.

4. Accident
Kadang-kadang memang akan berlaku ter-pee poo sana sini, tak bermaksud misi ni gagal. Cuma, bila terjadi accident, ibu akan tarik nafas dalam-dalammmm, jangan marah atau jangan pukul ye sebab benda ni normal. Bila Nabil Rafeef ter-accident, ibu akan ingatkan balik kat dia, once terasa nak pee or poo, kita kena pergi toilet. Biasalah, Nabil Rafeef still learning. Ye lah, bukan sekelip mata terus boleh control his bladder kann, the process will take time.

5. Night Training
Walaupun siang hari dah takde accident, akan ambil masa jugak untuk kekal kering sepanjang malam. Untuk ibu, sebelum tidur memang ibu dah siap-siap ajak Nabil Rafeef ke tandas dulu, pee dan gosok gigi. Pastu malam-malam memang ibu tak akan pakaikan Nabil Rafeef diapers waktu tidur malam. Biasanya, tengah-tengah malam, Nabil Rafeef akan terjaga untuk minum air, so time tu ibu akan ajak Nabil Rafeef ke tandas untuk pee. Tapi untuk anak yang tak biasa terjaga tengah malam, bolehlah kejut anak untuk ke tandas waktu tengah malam. Pastu bila bangun pagi esoknya, sebelum mulakan hari, jadikan satu habit untuk terus ke tandas.

Jump for joy! Alhamdulillah, i'm done!






Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Friday, February 6, 2015

toilet train : dah ready ke?

Betul! bukan senang nak toilet. Boleh je kita cakap, alah, setiap 20 min ajak anak ke tandas. Seminggu dua lepas tu, dah tak payah pakai pampers. Senang je kan. Tapi sebenarnya, bila kita buat sendiri, fuhhhh! Mental mental.

Checklist untuk tahu kebersediaan untuk start toilet train

1. Paling penting sekali, dah tahu rasa nak poo dan pee
Tak kisah bagaimana sekalipun signal yang anak tunjuk, as long as anak dah tahu rasa nak membuang tu, it shows that they are ready! As for the first week of toilet train, kita akan ajar anak tu rasa nak pee macamni, oh mcamtu rasa nak poo. Dan hari demi hari demi hari, Nabil Rafeef pun dah peka dengan reaksi badan sendiri. Alhamdulillah.

2. kena ada tenaga secukupnya.
Sebelum ni ibu target nak toilet train Nabil Rafeef sebelum masuk umur 2 tahun. Kiranya bila dah masuk 2 tahun, ibu boleh clap clap lah sebab dah bertukar fasa jadi toodler kan, so dah tak boleh pakai diapers, tapi sebab masa tu ibu tak cukup tenaga nak ulang alik angkut Nabil Rafeef ke tandas kalau-kalau Nabil Rafeef terkucil, so ibu sempat train 3 hari, pastu ibu stop sebab ibu tahu badan ibu tak cukup bersedia lagi.

3. Babah kena komited jugak!
Saat nak melalui misi ni, seriously, bukan ibu je, babah pun kena berikrar yang babah akan komited untuk turut serta menjayakan milestones ni. Memanglah 24 jam ibu dengan Nabil Rafeef, tapi sokongan babah sangat-sangat-sangat diperlukan, lagi-lagi bila ibu rasa nak give up dan pakaikan diapers je, habis cite! haha. Dan bila babah ada kat rumah ataupun tengah rest day, so boleh tukar-tukar shift ajak Nabil Rafeef ke tandas atau lap air kencing yang dah terkucil kannn? Tenkiu babahhhhhh sebab babah lah, ibu tak give up muah muahh xoxo.

4. Mental kena bersedia 100%
Bila nak start toilet train, kena set otak betul2. Sebab masa ni lah yg sangat-sangat menguji kesabaran dan kecekalan untuk teruskan misi ni. Sebab kadang-kadang dah ikut time utk ajak ke toilet, tapi baru je pakaikan seluar, terkucil pulak. Stress tu memang akan stress, tapi kena handle stress elok-elok supaya Nabil Rafeef pun tak stress sama. Kalau rasa tak boleh nak handle stress, better tangguhkan dulu niat nak toilet train sebab ianya akan mempengaruhi emosi anak.

5. Seluar basahan kena ada banyak
Jangan mengharap, baru sehari toilet train, terus anak pandai ke toilet sendiri. Ishh, itu sangat ajaib! Yang pastinya, dalam seminggu dua, akan berlaku peristiwa terpijak benda bulat2 macam coklat, ataupun tetiba nampak ada takungan air berwarna kuning somewhere. So, bersiap sedia dengan banyak-banyak-banyak helai seluar untuk sentiasa boleh tukar.

6. Simpan segala jenis karpet
Untuk menyenangkan proses pembersihan kalau terkucil mana-mana, kena make sure lantai clear seclear-clearnya. hehe. So nanti kalau terkucil, takleh stress mana sebab hanya perlu lap je kan? hehe.

7. Beli potty chair atau special adapter
Kat rumah, ada tandas cangkung je, so ibu ajar Nabil Rafeef untuk poo atau pee mencangkung je. Hehe.

So sekarang dah tick semua checklist ni, apa lagi.
Lets start the journey!





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Thursday, January 1, 2015

kencing siapa?

Bangun daripada tidur petang tadi, Nabil Rafeef merengek. Macam biasa, Nabil Rafeef turun dari katil dan buat hal sendiri. Tak lama lepas tu, Nabil Rafeef datang dekat ibu dan nangis. Ibu pujuk dan Nabil Rafeef nak dukung. Masa ibu nak angkat Nabil Rafeef, dia jarakkan badan dia daripada ibu. Ibu sentuh seluar Nabil Rafeef. Alamak! Dah basah. Ibu sentuh tilam, tak basah pun. Tengok sekeliling, tak ada apa-apa. Hmm, agaknya kencing sikit je lah kot, basah hanya di seluar.

Lebih kurang 2 jam kemudian. Masa ibu tengah lepak dalam bilik, Nabil Rafeef berjalan ke arah baby cot pastu tunjuk kat ibu ke arah lantai, "Buchah". Ibu pandang arah lantai dekat kawasan baby cot dan nampak ada air warna kuning kat situ. "Ish, ini kerja Timmy lah ni". Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa tak ada bau apa-apa. Okay ini mengelirukan. Siapa kencing sebenarnya? Timmy atau Nabil Rafeef?

Bila ingat-ingat balik apa yang berlaku, baru ibu perasan, sebelum Nabil Rafeef nangis mintak dukung lepas bangun tidur tu, dia ada main kat kawasan baby cot. Okay, konfirm, air warna kuning itu milik Nabil Rafeef! Adoyai.