Pages

Friday, January 2, 2015

gi

Dah banyak kali ibu terdengar atau terbaca tentang GI. Tapi setakat huruf G dan huruf I je. Tak pernah ambil tindakan untuk tahu lebih detail tentang apa itu GI. Ikut firasat ibu, GI tu macam penting, tapi ibu tak pedulikan pun.

Tadi, nanny ada whatsapp tentang GI ni. Maka dengan secara rasminya, akhirnya ibu tahu apa itu GI. Alhamdulillah. Satu ilmu yang bermanfaat untuk ibu. So kat sini ibu nak kongsi dengan uols pulak.

GI ni nama panjang dia Glycemix Index. Nama glamour dia GI. 
1. GI ialah ukuran bagi makanan yang mengandungi karbohidrat dan kesannya terhadap gula darah kita.
2. "Semakin rendah nilai G.I, maka semakin lambat makanan itu dicerna atau diserap. Ini kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat"
3. G.I rendah adalah amat penting dan sangat membantu dalam program penurunan berat badan. Ini kerana serapan yang berperingkat tadi mampu membuatkan seseorang individu tadi, lambat berasa lapar, sekaligus dapat mengawal selera makan. 

Rujukan nilai Glycemic Index adalah 100, pengkelasannya begini:
➖ G.I TINGGI ukuran indek melebihi 70
➖ G.I SEDERHANA ukuran indek antara 55 - 70
➖ G.I RENDAH ukuran indek bawah 55


4. Kandungan G.I bergantung kepada jenis kandungan kanji, lemak, protein, asid organik atau garam dalam sesebuah makanan.

Kenapa kena cari makanan GI rendah?
1) Perut akan tahan kenyang lebih lama
2) Dapat mengelakkan diri daripada mengantuk sebab G.I rendah akan mengekalkan lebih lama tenaga pada tubuh.
3) Membantu menstabilkan paras gula dalam tubuh
4) Membantu mengurangkan kolesterol
5) Dapat mengurangkan berat badan secara konsisten

Yang paling bestFormula 1 Nutrisi Herbalife mendapat pengiktirafan mengandungi GI rendah.



Jom amalkan gaya hidup sihat, aktif dan seimbang bermula hari ini juga sebagai langkah ikhtiar & TANGGUNGJAWAB kita menjaga AMANAH tubuh badan kurniaan Allah ini.

No comments: