Pages

Saturday, January 3, 2015

berair

"Ini mesti waktu mengandung tak dapat apa yang ngidam, kan?"

Ayat yang biasa kita dengar bila orang kita tengok baby berair mulut. Sama macam orang lain, ibu pun tak suka bila orang komen anak ibu macam tu. Dengar dan sengih je lah bila ayat tu masuk dalam telinga.


Di awal kelahiran lagi, Nawal Raudhah ni suka main air liur. Waktu kat dalam labor room, nurse siap tegur sebab Nawal Raudhah main air liur dia. ish ish. Ikut perangai siapalah ni.

Berbeza dengan Nabil Rafeef. Dia relax je sampai umur 10 bulan kot barulah air liur mula keluar. Itupun air liur Nabil Rafeef akan keluar bila dia terlalu fokus terhadap sesuatu sampai lupa nak control air liur sendiri. Hehe. 

Kenapa baby keluar air liur? 
  • Sebenarnya perkara biasa apabila air liur baby asyik meleleh kerana pada usia ini, proses penghasilan air liurnya memang aktif. Tapi, kalau air liur baby keluar berlebihan, boleh berisiko menjadi radang atau jangkitan di sekitar mulutnya. So, selalu lah lap air liur baby supaya mulut baby sentiasa kering.
  • Tidak ada bukti kalau gigi nak tumbuh akan meningkatkan produksi air liur. “Bayi mengeluarkan air liur kerana tubuhnya menghasilkan lebih banyak enzim untuk mencerna makanan padat,” kata Ari Brown, M.D., salah satu pengarang Baby 411










No comments: