Masih segar dalam ingatan ibu walaupun sudah 2 tahun ibu lahirkan Nabil Rafeef. Semuanya sangat indah utk ibu, dari saat ibu dapat tahu yang Nabil Rafeef sedang membesar di dalam perut ibu, sehingga Nabil Rafeef berada dalam dakapan ibu, wajah yg wajib ibu tatap setiap hari.
3 hari sebelum ibu lahirkan Nabil Rafeef, ibu rasa macam ada air keluar, so ibu ajak babah pergi hospital untuk cek. Mungkin ibu terlebih excited kot sebab itu hanya false alarm. Keluar daripada hospital, ibu dan babah jalan-jalan, mengisi masa sementara tunggu Nabil Rafeef bersedia untuk keluar. Waktu tengah nak dinner, ibu sekali lagi rasa macam ada keluar sesuatu. Ibu ke toilet. Ada darah. Agak risau jugak, tapi ibu dan babah lek je dulu. Habiskan dinner dengan tenang, lepas tu baru gerak ke hospital.
Sampai hospital. Lepas cek semua, masih belum masanya lagi. Tapi malam tu, ibu terus kena masuk wad, sebab sepatutnya esok ibu kena masuk wad, tak boleh lebih tarikh due, so alang-alang tu, terus masuk malam tu. Perkara yang ibu tak suka dan rasa terkilan sangat.
Awal-awal masa ibu pregnant Nabil Rafeef, macam org mengandung yg lain, ibu kena minum air gula untuk cek bacaan kencing manis semasa mengandung. Malam sebelum nak minum air gula, kena puasa pukul 10 malam sampai esok pukul 8 pagi.
Esoknya, sampai di klinik, nurse ambik bacaan darah, lepas tu ibu ambik air gula utk minum. Tapi sebab air gula tu sangat panas. Ibu minum slow-slow. Hampir setengah jam jugak utk ibu habiskan. Pheww. Masa tu ibu tak tahu pulak kena minum cepat2. Cukup dua jam lepas ambik darah yg pertama, ibu kena cucuk ambik darah kali kedua.
Esoknya, nurse call cakap ibu ada kencing manis dan kena jumpe doktor utk consultation. Waktu jumpe doctor, ibu fikir, ok je sebab doctor suruh diet control. Ibu follow je sebab utk kebaikan Nabil Rafeef yg dalam perut jugak kan? Jaga makan minum. No harm. Tapi tak sangka pulak, ibu mengandung yg ada kencing manis tak boleh lahir baby lebih tarikh, kalau lebih kena induce. Terkilan sangat ibu tak mintak nak buat test air gula sekali lagi, padahal ibu banyak kali fikir nak buat ke tak nak, nak minum air gula sekali lagi ke tak nak. Terkilan.
Semua dah terjadi. Ibu terpaksa relakan.
Waktu subuh di wad, doktor panggil untuk masukkan ubat induce. Selepas ubat pertama masuk, masih tak ada tanda-tanda contraction nak datang, ibu hanya melihat org lain menahan sakit contraction je. Ada yg masuk ubat pertama sama dengan ibu, tapi tengahari tu dah contraction melampau. Dan, ada yg dah masuk ubat ketiga, tapi contraction masih tak rasa. Maximum boleh masuk ubat hanya tiga kali. Kalau tak ada tanda jugak, terpaksa buat pembedahan. Mintak sangat dijauhkan.
Petang tu, selepas waktu asar, doktor panggil lagi untuk masukkan ubat induce yang kedua. Lebih kurang selepas waktu maghrib rasa contraction tu mula datang. Ibu ingat pesan nanny, bila contraction datang, tarik nafas panjang2. Dan kira jarak masa antara contraction tu, so nanti ibu tahu dan boleh bersedia bila rasa contraction tu datang.
Malam tu, ibu solat isyak lama, sebab bila contraction datang, ibu berhenti, kosongkan fikiran, pejam mata dan tarik nafas panjang-panjang. Lepastu ibu sambung solat semula.
Sepanjang malam tu, ibu hanya melayan contraction. Bila contraction nak datang, cepat-cepat ibu duduk atau berdiri, kalau masa tu ibu tengah baring. Kalau ibu tengah bercakap dengan babah dalam phone, ibu stop bercakap, dan layan contraction. Ada sampai satu saat tu, ibu rasa tak tahan sangat, ibu mintak babah datang, tapi ibu tahu, kalau babah datang bukan boleh hilangkan rasa sakit contraction pun kan. Hehe. Alhamdulillah, walaupun sibuk melayan contraction, ibu masih sempat tidur sekejap-sekejap. Malam tu, ibu ada mintak nurse cek bukaan, tapi nurse cakap bukaan tak cukup lagi.
Subuh 7hb, doktor sekali lagi panggil, tapi kali ni doktor tak masukkan ubat, doktor cuma cek bukaan dan doktor kata kita tunggu. Masa waktu melawat, nanny datang. Cik helen dengan babah pun ada jugak. Datang untuk sama-sama berkongsi rasa sakit contraction ni. Hehe. Waktu dapat makanan tengahari, ibu tak lalu makan, ibu hanya makan 2 suap je. Hmm..
Habis waktu melawat, nanny, cik helen dan babah dah balik, lebih kurang sebelum waktu asar, nurse suruh ibu ambik baju baby dan pampers, barang lain semua tinggal. Ibu dah rasa happy dan tak sabar. Terus call babah, suruh babah datang. Babah kata babah solat asar dulu. Ibu ok je.
Dalam labor room, rasa sakit contraction makin menjadi-jadi. Babah kat sebelah ibu, tiupkan kata-kata semangat berkali-kali. Azan maghrib berkumandang, babah tanya nurse, sempat tak kalau babah solat maghrib dulu. Nurse jawab sempat, so babah pergi solat dulu. Penat melayan contraction, ibu sempat lagi tertidur.
Bila babah masuk semula selepas selesai solat maghrib, masa tu ibu rasa nak berak sangat-sangat. Babah cepat-cepat panggil nurse. Masa nurse sampai, dah ter dah. So terpaksalah nurse bersih. Rasa bersalah sangat. Huhuu.
Siap nurse bersihkan ibu, waktu tu, bukaan dah sepenuhnya.
"Bila contration datang, ambik nafas panjang-panjang, lepastu push, push je terus. Pegang kaki dan tengok dada. Kalau sempat, curi nafas. Tapi jangan berhenti push sampai kiraan 10"
"push!"
"1 2 3"
Ibu push sekuat tenaga ibu. Waktu tu ibu betul-betul tak bertenaga. Tenaga ibu habis sebab melayan contraction tadi. Tenaga ibu habis sebab ibu tak makan lunch. Ibu push jugak sekuat hati.
"4 5 6"
"Jangan berhenti. Kesian baby! Contraction datang sekali lagi, awak push."
"push!"
Ibu push untuk kali kedua. Tapi ibu memang tak bertenaga untuk menahan nafas ibu. Waktu tu ibu fikir, ibu terima je kalau ibu terpaksa lahirkan Nabil Rafeef dengan cara lain sebab ibu betul-betul tak bertenaga.
"1 2 3 4"
Ibu kata kat nurse yang ibu tak boleh. Nurse kata awak boleh! Dua orang doktor tiba-tiba datang, menjerit bagi sokongan. Seronok rasanya dapat sokongan betul-betul padu!
"Ok, saya gunting sikit ye. Bila contraction datang sekali lagi, awak push."
"Push!"
"1 2"
"Dah nampak kepala baby. Push lagi. Curi nafas."
Ibu tekad. Ibu kena push sekuat hati supaya Nabil Rafeef selamat. Ibu cakap kat diri ibu, sikit je lagi. Tak boleh berhenti sebab dah nampak kepala. Ibu tahan nafas dan push lagi kuat.
"3 4"
Phuishhhh.
Terasa air suam mengalir. Perut ibu dengan tiba-tiba terasa kosong. Rasa sakit dah tak datang lagi.
Uweeek uweek.
Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.
Its a boy. Baby, its you.