Setelah 3 tahun 3 bulan, kami menjejak kaki ke Masjid Al-Hidayah lagi. Hehe. Bukan berdua, bukan bertiga tapi berempat. Hehe. Apa lagi, ibu dan babah mengimbau kembali kenangan saat sah menjadi suami isteri bersaksikan berpuluh-puluh pasang mata, dengan kilauan flash sebab ramai yang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar (okay over je sebenarnya), ibu dan babah bagai dilamun cinta kembali. Segalanya terasa bagai baru semalam, ehhh tetiba dah ada dua orang anak cute miut ni. Hehehe.
Masjid ni masih cantik dan bersih dan best seperti dulu lagi. Dan lagi best, banyak perubahan yang rasanya tak banyak masjid yang buat macam masjid ni.
Untuk ibu yang nak ambil wudhu, pastu ada Nawal Raudhah pulakkan, rasa sangat gembira bila terpandang 'bilik persalinan dan gantian lampin', rasa macam nak melompat-lompat happy. Bilik tu betul-betul sebelah tempat ambil wudhu dan tandas. Kalau tinggalkan Nawal Raudhah kejap pun tak risau sebab kalau Nawal Raudhah nangis, sekelip mata ibu boleh terus muncul depan mata Nawal Raudhah. Hebat sangat tauuuu! Haha. Bilik yang disediakan ringkas je, siap ada sejadah dan telekung lagi. So ibu solat dalam bilik tu je. Happy sangat.
Macam-macam kemudahan ada kat masjid ni. Ada perpustakaan, ada ruang mesyuarat / rundingcara, ada gelanggang futsal, ada buaian dan macam-macam lagi. Sangat best!
1 comment:
Ape procedure nk akad nikah kt sini?
Post a Comment