Alhamdulillah di usia 3 bulan, Nawal Raudhah sudah mula meniarap sendiri. Kalau ibu letak je, terus pusing, letak je, terus pusing. Suka meniarap ye? Hehe. Bila dah penat meniarap, nangis mintak angkat.
Dan di usia 3 bulan setengah, amboi anak ibu ni dah pandai golek2 macam dalam cerita hindustan. Tau-tau dah kat ceruk sana. Menjelajah sana sini.
Perkembangan paling terbaru, anak ibu yg selalu buat ibu geram ni, dah pandai tarik badan untuk bergerak. Laju je. Sedar-sedar dah kat bawah kerusi dah. Hahaha. Mop satu rumah!
Alhamdulillah.
Dulu Nabil Rafeef tak macam awak. Sebab badan dia berat, dia hanya busy angkat kepala je. Sekali je Nabil Rafeef pernah pusing meniarap, pastu takde dah. Terus berdiri dan meniti. Skip meniarap dan merangkak. Huhuu.
Apa-apa hal pun, Alhamdulillah.
Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.
No comments:
Post a Comment