Pages

Tuesday, March 31, 2015

cucuk 5 bulan




Alhamdulillah

Hari ni Nawal Raudhah telah dicucuk vaksin untuk 5 bulan punya. Apa vaksin yang dicucuk? Ohh no, ibu taktahu. Alhamdulillah, tak ada tanda-tanda meragam atau nak demam.

Monday, March 30, 2015

tersalah tiru



Nabil Rafeef nak meniarap macam Nawal Raudhah, malangnya, kaki Nabil Rafeef tersangkut bawah sofa. Huuu. Termelecet lah sikit kaki Nabil Rafeef sebab Nabil Rafeef tarik je kaki dia keluar dari sofa sebelum sempat ibu nak angkat sofa.

Friday, March 27, 2015

jom melukis!

Ibu letak gambar ni kat sini sebagai rujukan di masa hadapan bila nak mengajar Nabil Rafeef nanti. Hehehe. Nanti senang lah ibu nak tunjuk hebat kat Nabil Rafeef. Mesti Nabil Rafeef rasa bangga ada ibu yang pandai melukis. hehehehe









i love you

haaaaa.. I need to inculcate this into my kids, insyaAllah


Friday, March 20, 2015

Sanah helwah, princess!

Sanah helwah adikku.

Moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Memang most of the time kakakmu ini seperti tidak mengambil peduli tentang perihalmu, namun ketahuilah jauh disudut hati alang, alang menyayangi sepenuh hati. Alang nak berpegangan bersama Puteri melangkah menyusuri jalan-jalan di mana mengalirnya sungai-sungai di bawahnya.. 

Maafkan kakakmu ini andai pernah mengguris hatimu selama kita bergelar saudara. Marah alang, teguran alang, tidak bermaksud untuk melukakan hati Puteri, alang cuma inginkan yang terbaik buat Puteri.

Andai kelak kita tidak sempat bersua muka, alang mohon agar Puteri sentiasa mendoakan alang. Semoga ukhuwah antara kita tidak sekadar saudara kandung yang terjalin kerna kita berkongsi umi, yang alang mahukan adalah ikatan antara kita adalah semata-mata berasaskan fillah kerna tiada yang kekal melainkan semuanya berpaksikan Allah. Semoga Allah merestui persaudaraan kita, insyaAllah.

Tuesday, March 17, 2015

merangkak


Di usia 5 bulan 1 hari, Nawal Raudhah dengan gigihnya dah mula mengangkat badan untuk merangkak. You go strong baby girl!






Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Monday, March 9, 2015

jadi anak solehah ye Alia!

Sebulan sebelum ucu dah siap-siap book ibu sebab ibu ni exclusive sangat. Haha. Rasa terharu iouls sebab diberi perhatian yang khas gaya vvip tu supaya wajib hadir ke majlis harijadi Alia.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hadir setelah babah dengan rela hati ambil cuti 2 hari. Terima kasih kanda. Muahh muahh.

Walaupun hujan agak renyai-renyai semasa majlis bermula, tapi tetap meriah, lagi-lagi dengan kehadiran badut yang sporting.

Alhamdulillah, terubat jugak rindu nak jumpa semua yang dah lama tak jumpa. Hehe.










unit trust consultant

Alhamdulilah.

Dulu masa mula-mula nak menekadkan hati untuk menjadi unit trust consultant, ibu ingat ke mudah je, rupa-rupanya, kena jawab exam dulu. Fuhhh. So gigih lah ibu study 2-3 hari sebelum exam supaya lulus exam. Okay lap peluh dulu.


Alhamdulillah, hari yang ditunggu tiba dan ibu lulus.
Soesiapa, kalau rasa nak melabur dalam unit trust atau bahasa pasar dia simpan duit sekaligus atau sikit2 pastu duit beranak sendiri, sila roger 0193727243 ok. Ibu skrg secara rasmi dah jadi Unit Trust Consultant. Alhamdulillah
        

Anbebe baby seat

Dulu, ibu pernah berniat nak beli baby seat untuk Nabil Rafeef memandangkan bila dah masuk usia 4-5 bulan ni, biasanya baby dah xsuka baring. Samada nak duduk atau berdukung. Ibu survey Bumbo punya baby seat di kedai baby, try test Nabil Rafeef duduk, agak ketat jugak memandangkan waktu tu peha Nabil Rafeef macam dipam-pam. So niat nak beli tu ditangguhkan.


Maka nak dijadikan cerita, untuk Nawal Raudhah, tercapai jugak niat nak beli baby seat. Tapi kali ni bukan Bumbo punya tapi Anbebe. 

Daripada segi material, rasanya tak jauh beza, cuma size ruang kaki baby untuk baby seat Anbebe ni lebih lebar daripada Bumbo. So baby yang peha bersize L, sangat sesuai guna baby seat Anbebe.


Alhamdulillah, mudah sikit ibu nak buat kerja sambil ditemani Nawal Raudhah.

So sesiapa rasa nak beli, boleh 
contact 019 628 7862 atau search instagram keyshascloset. Dalam byk-byk tempat ibu survey, Keysha's Closet ni lah yang paling murah yang jual baby seat Anbebe.

2 bulan tanpa diaper

Alhamdulillah.

Alhamdulillah genap 2 bulan tanpa diapers. Banyak pahit manis. Pahitnya, semestinya bila Nabil Rafeef terbabas, lupa nak ke tandas atau sebab memang tak sempat. Yang manisnya, bila Nabil Rafeef datang kat ibu bagitahu nak kencing sambil dah tak pakai seluar, tergelak ibu tengok ragam awak.

Selama 2 bulan ni, ibu perhati je awak, ibu perhati je awak =.='
1. Bila pergi ke tempat lain (keluar daripada rumah), kena selalu ingatkan Nabil Rafeef utk ke tandas atau tak, kalau tak, memang Nabil Rafeef leka dan terlupa.
2. Kalau dah terbabas sekali, kena selalu tanya untuk ke tandas selepas tu sebab Nabil Rafeef akan lupa ataupun sebab malas nak cakap.
3. Alhamdulillah, lepas sebulan Nabil Rafeef diapers free, baru pandai bukak seluar sendiri. Tak pandai bukak seluar sendiri tak menjadi masalah, asalkan dah tahu rasa dan pandai tunjuk signal nak ke tandas (ibu pun kena kreatif dalam menterjemahkan signal yg Nabil Rafeef tunjuk).
4. Nabil Rafeef ni jenis yang penggeli. Kalau dah buang air besar, biasanya dia suruh siram cepat-cepat, baru dia akan sambung buang air besar lagi. 
5. Awal-awal dulu, Nabil Rafeef paling takut bila nak poo. Mesti nangis-nangis. Yang menyebabkan Nabil Rafeef takut nak poo, sebab takut nak teran dan satu lagi sebab geli. Untuk elakkan berak yang keras, ibu selalu bagi Nabil Rafeef makan buah oren. Alhamdulillah membantu. Kalau tak, carilah makanan yg tinggi serat. Dulu, masa pakai diapers, tak pernah pulak Nabil Rafeef nangis-nangis bila tiba masa nak membuang, tapi bila dah toilet train ni, timbul kes berak keras. Salah satu sebab yang menyebabkan berak keras adalah sebab tabiat tangguh hajat atau keinginan nak berak tu (atau mungkin juga sebab malas nak pergi toilet). Huhuu. Alhamdulillah sekarang dah tak ada drama menangis dalam toilet dah sebab setiap kali Nabil Rafeef rasa nak poo, dia terus ajak ke toilet.

Ikut pengalaman ibu dan nasihat nanny, ajarlah anak toilet train once anak dah pandai cakap atau bagi signal dan tahu rasa nak poo atau pee. Kalau dia pandai cakap nak susu atau lapar, insyaAllah, untuk ke tandas pun, anak akan pandai bagitahu jugak. Untuk ibu, ibu akan cuba ajar anak-anak ibu toilet train once dah masuk umur 2 tahun.

Lagi satu, lagi lambat ajar, lagi anak-anak akan pandai manipulate ibubapa. Hehe. Sebab bila dia rasa pakai diaper senang takpayah nak ke tandas, so dia akan prefer pakai diaper dan malas nak bukak mulut bagitahu nak ke tandas.

Anak-anak yang baru blaja toilet train, selalunya masalah yang susah nak settle bab buang air besar. Ada yang dah ajar toilet train, tapi bila sampai masa nak buang air besar, terus pakaikan diaper, baru boleh poo, kalau tak ditahan je, dikepit je kaki tu. Masa ibu ambik keputusan untuk toilet train Nabil Rafeef, ibu langsung tak pakaikan Nabil Rafeef diaper dah. Tak kira lah waktu berjalan ke, waktu tidur ke, memang langsung tak sentuh diaper size XL tu dah. Alhamdulillah sekarang ni nak kata perfect, tak lah sebab masih ada terbabas, tapi boleh tarik nafas lega dan cakap kat Nabil Rafeef, "ibu so proud of you, my son."

Alhamdulillah

Nak start toilet train jugak? Jom baca pengalaman ibu.
Dah ready ke belum?
macammana nak start?





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

terima kasih kekanda


Dinda nampak gambar ni di facebook. Terus dinda ingat detik selepas dinda lahirkan Nawal Raudhah. Waktu tu, memang waktu terlemah dinda rasa. Darah banyak keluar, dan dinda rasa gelap gelita. Nak pitam.

Terima kasih kanda, kerana ada di sisi dinda. Jaga dinda di saat dinda sangat lemah. 

Monday, March 2, 2015

Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untukmu ya Allah.


Setelah 3 tahun 3 bulan, kami menjejak kaki ke Masjid Al-Hidayah lagi. Hehe. Bukan berdua, bukan bertiga tapi berempat. Hehe. Apa lagi, ibu dan babah mengimbau kembali kenangan saat sah menjadi suami isteri bersaksikan berpuluh-puluh pasang mata, dengan kilauan flash sebab ramai yang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar (okay over je sebenarnya), ibu dan babah bagai dilamun cinta kembali. Segalanya terasa bagai baru semalam, ehhh tetiba dah ada dua orang anak cute miut ni. Hehehe.


Masjid ni masih cantik dan bersih dan best seperti dulu lagi. Dan lagi best, banyak perubahan yang rasanya tak banyak masjid yang buat macam masjid ni.


Untuk ibu yang nak ambil wudhu, pastu ada Nawal Raudhah pulakkan, rasa sangat gembira bila terpandang 'bilik persalinan dan gantian lampin', rasa macam nak melompat-lompat happy. Bilik tu betul-betul sebelah tempat ambil wudhu dan tandas. Kalau tinggalkan Nawal Raudhah kejap pun tak risau sebab kalau Nawal Raudhah nangis, sekelip mata ibu boleh terus muncul depan mata Nawal Raudhah. Hebat sangat tauuuu! Haha. Bilik yang disediakan ringkas je, siap ada sejadah dan telekung lagi. So ibu solat dalam bilik tu je. Happy sangat.

Macam-macam kemudahan ada kat masjid ni. Ada perpustakaan, ada ruang mesyuarat / rundingcara, ada gelanggang futsal, ada buaian dan macam-macam lagi. Sangat best!


Waktu nak akad nikah kat Masjid Al-Hidayah ni, memang orang masjid dah siapkan carpet untuk kawasan nak akad nikah tu, pastu ada bantal yang pengantin duduk tu. Alhamdulillah memang mudah dan lancar acara akad nikah ibu dulu.

meniarap


Alhamdulillah di usia 3 bulan, Nawal Raudhah sudah mula meniarap sendiri. Kalau ibu letak je, terus pusing, letak je, terus pusing. Suka meniarap ye? Hehe. Bila dah penat meniarap, nangis mintak angkat.

Dan di usia 3 bulan setengah, amboi anak ibu ni dah pandai golek2 macam dalam cerita hindustan. Tau-tau dah kat ceruk sana. Menjelajah sana sini.


Perkembangan paling terbaru, anak ibu yg selalu buat ibu geram ni, dah pandai tarik badan untuk bergerak. Laju je. Sedar-sedar dah kat bawah kerusi dah. Hahaha. Mop satu rumah!

Alhamdulillah. 

Dulu Nabil Rafeef tak macam awak. Sebab badan dia berat, dia hanya busy angkat kepala je. Sekali je Nabil Rafeef pernah pusing meniarap, pastu takde dah. Terus berdiri dan meniti. Skip meniarap dan merangkak. Huhuu. 

Apa-apa hal pun, Alhamdulillah.





Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Sunday, March 1, 2015

Happy birthday bride-to-be!


The last one she’s having as a single lady. 

Sanah helwah my dear baby sister, wish you happiness ever after, ditambah keimanan & kekuatan. Moga terus thabat dlm perjuangan juga sentiasa dalam redhaNya. insyaAllah. Dan semoga ikatan yang bakal terbina berkekalan hingga ke syurga. ♥♥