Pages

Tuesday, February 24, 2015

resepi : nasi lemak umi

Alhamdulillah.

"Selama 3 tahun kawen, ini nasi lemak tersedap sekali"

Hoorayy! Masa babah cakap macamtu, mestilah ibu control-control. Tak nak lah tunjuk yang ibu sangat berbangga. Hahaha. Alhamdulillah. Ini semua mesti dapat aura daripada nanny ni sebab masa ibu tengah nak masak, ibu whatsapp nanny tanya resepi nasi lemak nanny. Okay, lepas ni boleh jual nasi lemak pulak!

Nasi lemak
- basuh 3 cawan beras macam biasa.
- masukkan 2 cawan santan pekat
- masukkan 2 cawan air
- masukkan hirisan halia, daun pandan yang disimpul dan secubit garam
- masak dalam rice cooker seperti biasa.

Sambal
- Tumis 6 labu bawang besar dan 4 ulas bawang putih yang dah dikisar sehingga garing.
- masukkan 8 sudu cili boh, masak sehingga garing.
- masukkan sehiris gula melaka, garam dan asam keping.

Seperti biasa, takkan makan nasi lemak dengan sambal je kan? Tak lengkaplah. So tadi ada telur rebus, ikan bilis goreng rangup dan timun. Alhamdulillah. Babah cuma kata, sambal tu bagi nampak berkilat sikit. Hehehe, kena extra minyak lah tu ye?

Jemput makan semua!

No comments: