Pages

Tuesday, February 24, 2015

cuti : Alive 3D Art Gallery

Alhamdulillah.

Harini dapat berjalan lagi untuk hilangkan tension babah jap. Kita merayau ke PD pulak. Bukan kat Seoul je ada Alive Museum ni tau, kat Malaysia ni pon dah ada, kat PD lak tu. Kire ni tarikan pelancong jugaklah, atleast datang Port Dickson boleh la korang singgah sini sebelum nak picnic dekat tepi pantai tu. Galeri gambar 3D ni ada lebih kurang 50 lukisan 3D. Okay jom masuk! excited!

Waktu operasi : 11 am - 10.30 pm

Bayaran : Dewasa         RM 20
                Kanak-kanak RM 15
                Kanak-kanak kurang 90cm, percuma.

Lukisan 'art trick' ni dah ada sejak 2000 tahun dulu terutama ketika era renaissance, dan muziam pertama dunia berasal dari Jepun. Sekarang ni dah banyak muzium-muzium macam ni kat Korea, Paris, Filiphine, Thailand dan juga sekarang kat Malaysia. Kalau ikutkan kajian, muzium macamni bagus sebab boleh merangsang otak.


Dikatakan lukisan 'Trick Art' bermula 2000 tahun dahulu terutama ketika era Renaissance dan muzium pertama 'Trick Art' di dunia berasal dari negara Jepun. Sekarang ni, dah banyak Muzium 'Trick Art' di dunia contohnya Korea, Paris, USA, Filipina, Thailand dan tidak ketinggalan, Malaysia. Kalau mengikut kajian, bagusnya apabila tengok 'trick art' ini ialah ianya boleh Merangsang Otak kita

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Dikatakan lukisan 'Trick Art' bermula 2000 tahun dahulu terutama ketika era Renaissance dan muzium pertama 'Trick Art' di dunia berasal dari negara Jepun. Sekarang ni, dah banyak Muzium 'Trick Art' di dunia contohnya Korea, Paris, USA, Filipina, Thailand dan tidak ketinggalan, Malaysia. Kalau mengikut kajian, bagusnya apabila tengok 'trick art' ini ialah ianya boleh Merangsang Otak kita

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Kami sampai waktu lunch hour. Memula ingat macam tak ramai orang lah kan, sebab dari luar tu tengok macam lenggang je. Lagipun hari ni hari selasa dan bukan cuti sekolah, so mesti tak ada sangat orang lah kann.

Bila nak beli tiket, ada pulak mainan budak-budak yang kena masuk syiling tu kat tepi kaunter. Aduyai! Nabil Rafeef apa lagi, mintak nak main lah kannn. Pujuk Nabil Rafeef sikit, terus dia cancel nak main mainan tu.

Kalau baca review org lain kat blog lain, diorg pesan jangan pakai high heel sebab nanti kena tukar pakai selipar biasa, ye lah sebab nak jaga lukisan yang tertampal atas lantai daripada tercalar kan. Tapi kali ni, pihak pengurusan dah tukar cara lain pulak. Semua orang kena simpan kasut masing-masing dalam locker yang disediakan. Kena charge rm2 pulak tuhhh. ishh tak patut-tak patut. Sepatutnya, mereka kena sediakan tempat simpan percuma macam yang biasa supermarket biasa buat tu kannn.



Untuk kami, galeri ni okay lah kan, bolehlah nak melayan perasaan amik gambar lukisan-lukisan 3D ni. Sebab kita dah bayar tiket masuk, so enjoy je lah lukisan-lukisan ni, dan posing ikut kreativiti masing-masing. What else do we expect kan?? 

Alhamdulillah, Nabil Rafeef pun boleh pulak melayan jugak kerenah ibu babah yang asyik ajak berposing sama-sama. Hehehe

Waktu kitorg kat sini, cuma ada dalam 4-5 group yang sama-sama menikmati lukisan-lukisan 3D ni. Walaupun hanya sikit orang, tapi rasa agak crowded jugak lah sebab kita kena tunggu turn untuk ambik gambar, dan masa nak ambik gambar tu, bukan boleh sekali snap je sebab ye lah, orang yang tukang ambil gambar tu mesti nak pilih posisi yang sesuai dengan orang yang tengah posing atas lukisan tu kannn.

Di setiap lukisan, memang dah ada contoh macam mana nak berposing, tapi terpulang kat kitalah nak posing macammana kan. Hehe. Dan kat lantai pulak, ada cadangan utk berdiri kat mana kalau nak snap gambar. Tapi kadang-kadang, ada tmpt berdiri tu, rasa macam tak sesuai je, so sekali lagi, sila lah jadi lebih kreatif.



Okay, next kita try ke Art Trick Museum kat i-City, Shah Alam pulak. Jommm!
Yang bestnya yang kat i-City tu sebab semuanya memang lukisan catan dan bebas tangan yang dilukis di dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat dengan keluasan 743 meter persegi. Lukisan-lukisan tu ambil masa 2 bulan utk disiapkan oleh pelukis-pelukis dari Iran, China dan Korea. Subhanallah, hebat sungguh Allah ilhamkan mereka idea untuk buat lukisan berbentuk 3D kan!

Lepasni, kalau nak pergi tengok lukisan macamni,
1) pergi masa muzeum baru nak bukak. Lagi elok, tunggu depan kaunter sebelum kaunter bukak lagi, so nanti bile nak berposing snap gambar, kita boleh enjoy tanpa hiraukan orang lain yang tengah tunggu turn nak ambik gambar.
2) make sure jangan pergi masa weekend, school holiday atau public holiday. 
3) bawak kamera yang berkualiti tinggi
4) bawak tukang ambik gambar. haha. so nanti bolehlah ambil gambar satu keluarga dalam satu lukisan tu.


No comments: