Bila malang tak berbau, maka ibu mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku. Kejadian berlaku pada 24 Disember 2014. Dah hampir seminggu berlalu. Waktu tu ibu tengah nak suap Nabil Rafeef makan. Entah macam mana, tengah syok Nabil Rafeef mengunyah nasi dalam mulut tu, dia boleh pulak bangun melompat-lompat. Dalam sekelip mata, tangan Nabil Rafeef tersentuh pinggan kaca yang ibu tengah pegang tu, lalu terjatuhlah pinggan kaca tu di atas jari kaki Nabil Rafeef. Ouuccch! apa lagi, menangis sekuat hati lah Nabil Rafeef. Sobs sobb. Kesian anak ibu.
Lama jugak Nabil Rafeef menangis.
Masa tu ibu tak tahu nak buat apa. Ibu cuma letak minyak dan tiup-tiup
untuk menenangkan Nabil Rafeef je. Nak kata panik, tak jugak sebab ibu
rasa sakit yang macam ini, hanyalah sakit yang tak perlu dirisaukan
sangat. Hanya sekadar lebam dan darah beku dalam kuku. Cuma, as a little
child, it seems worst enough.
Selang beberapa hari, ibu jari Nabil Rafeef nampak macam semakin teruk. Keliling kuku ibu jari kaki tu nampak macam kehitam-hitaman. So, ibu call makteh tanya pendapat. Makteh kata kalau biru-biru, its normal sebab bengkak kan, tapi kalau macam warna lain, mungkin better jumpa doktor, biar doktor tengok. Risau kalau sel kulit mati je. ohhh.
Malam tu, masa ibu tengah duduk kat sofa, Nabil Rafeef tengah main-main. Nak dijadikan cerita betapa lasaknya anak teruna ibu ni, tiba-tiba kerusi terjatuh atas kaki Nabil Rafeef dan dalam masa yang sama, ibu rasa ada percikan air terpecik kat pipi ibu. Terus ibu tengok Nabil Rafeef yang dah start nak meraung. Cepat-cepat ibu angkat kerusi tu dan nampak ada darah meleleh kat ibu jari kaki Nabil Rafeef. Ohh no. Ibu agak panik jugak lah. Ibu ambil tisu nak lap, tapi Nabil Rafeef tak bagi. Ye lah, ibu faham, mesti Nabil Rafeef rasa sangat sakit berdenyut-denyut kan? Waktu kejadian ni, ibu harap sangat babah balik cepat-cepat sebab babah keluar main bola.
Lepas babah balik, babah basuh kaki Nabil Rafeef. Keadaan nampak tenang je. So ibu dan babah decide untuk pergi ke klink esok, hanya jika lebam dan luka makin teruk.
Alhamdulillah. Harini nampaknya ibu jari kaki Nabil Rafeef dah semakin elok. Dah tak lebam dan Nabil Rafeef dah berani nak pakai selipar. Tapi tak pasti pulak, adakah kuku ibu jari kaki Nabil Rafeef akan tercabut atau tak. We wait and see.
Ibu ada tanya uncle G tentang darah beku di kuku.
1. Kalau pergi ke klinik, kebiasaannya doktor akan bagi antibiotik dan cream sapu.
2. Seeloknya waktu kejadian tu, rendam jari dengan air suam. Lega sikit rasa sakit tu.
3. Atau, boleh tekap dengan ais yang dibalut dengan kain. Juga untuk legakan rasa sakit tu.
4. Keluarkanlah darah tu untuk mengurangkan rasa sakit. Ada nurse yang picit, tapi ada je yang terus cabut kuku. Fuh ngeri! Tapi Alhamdulillah, kejadian kerusi jatuh atas kaki Nabil Rafeef rupa-rupanya untuk menjadi sebab darah keluar daripada kuku dia. Phewww.
No comments:
Post a Comment