Pages

Wednesday, December 31, 2014

ouch! jari kaki lebam membiru.

Bila malang tak berbau, maka ibu mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku. Kejadian berlaku pada 24 Disember 2014. Dah hampir seminggu berlalu. Waktu tu ibu tengah nak suap Nabil Rafeef makan. Entah macam mana, tengah syok Nabil Rafeef mengunyah nasi dalam mulut tu, dia boleh pulak bangun melompat-lompat. Dalam sekelip mata, tangan Nabil Rafeef tersentuh pinggan kaca yang ibu tengah pegang tu, lalu terjatuhlah pinggan kaca tu di atas jari kaki Nabil Rafeef. Ouuccch! apa lagi, menangis sekuat hati lah Nabil Rafeef. Sobs sobb. Kesian anak ibu. 


Lama jugak Nabil Rafeef menangis. Masa tu ibu tak tahu nak buat apa. Ibu cuma letak minyak dan tiup-tiup untuk menenangkan Nabil Rafeef je. Nak kata panik, tak jugak sebab ibu rasa sakit yang macam ini, hanyalah sakit yang tak perlu dirisaukan sangat. Hanya sekadar lebam dan darah beku dalam kuku. Cuma, as a little child, it seems worst enough.


Selang beberapa hari, ibu jari Nabil Rafeef nampak macam semakin teruk. Keliling kuku ibu jari kaki tu nampak macam kehitam-hitaman. So, ibu call makteh tanya pendapat. Makteh kata kalau biru-biru, its normal sebab bengkak kan, tapi kalau macam warna lain, mungkin better jumpa doktor, biar doktor tengok. Risau kalau sel kulit mati je. ohhh. 

Malam tu, masa ibu tengah duduk kat sofa, Nabil Rafeef tengah main-main. Nak dijadikan cerita betapa lasaknya anak teruna ibu ni, tiba-tiba kerusi terjatuh atas kaki Nabil Rafeef dan dalam masa yang sama, ibu rasa ada percikan air terpecik kat pipi ibu. Terus ibu tengok Nabil Rafeef yang dah start nak meraung. Cepat-cepat ibu angkat kerusi tu dan nampak ada darah meleleh kat ibu jari kaki Nabil Rafeef. Ohh no. Ibu agak panik jugak lah. Ibu ambil tisu nak lap, tapi Nabil Rafeef tak bagi. Ye lah, ibu faham, mesti Nabil Rafeef rasa sangat sakit berdenyut-denyut kan? Waktu kejadian ni, ibu harap sangat babah balik cepat-cepat sebab babah keluar main bola.

Lepas babah balik, babah basuh kaki Nabil Rafeef. Keadaan nampak tenang je. So ibu dan babah decide untuk pergi ke klink esok, hanya jika lebam dan luka makin teruk.


Alhamdulillah. Harini nampaknya ibu jari kaki Nabil Rafeef dah semakin elok. Dah tak lebam dan Nabil Rafeef dah berani nak pakai selipar. Tapi tak pasti pulak, adakah kuku ibu jari kaki Nabil Rafeef akan tercabut atau tak. We wait and see.

Ibu ada tanya uncle G tentang darah beku di kuku.
1. Kalau pergi ke klinik, kebiasaannya doktor akan bagi antibiotik dan cream sapu.
2. Seeloknya waktu kejadian tu, rendam jari dengan air suam. Lega sikit rasa sakit tu.
3. Atau, boleh tekap dengan ais yang dibalut dengan kain. Juga untuk legakan rasa sakit tu.
4. Keluarkanlah darah tu untuk mengurangkan rasa sakit. Ada nurse yang picit, tapi ada je yang terus cabut kuku. Fuh ngeri! Tapi Alhamdulillah, kejadian kerusi jatuh atas kaki Nabil Rafeef rupa-rupanya untuk menjadi sebab darah keluar daripada kuku dia. Phewww.





Tuesday, December 9, 2014

ouch! dahi terluka


Kesiannya anak ibu, tak pasal-pasal dah ada luka kat dahi. Harini abang Nabil Rafeef telah mengganas. Tak sempat ibu nak halang. sobs sobs.

Wednesday, December 3, 2014

borak jom


1 December 2014
1 bulan 15 hari
Nawal Raudhah dah pandai balas senyum dan berborak





Tapi ingat tau bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi. 

Monday, November 10, 2014

ruang angin

 

Harini, projek ibu nak tutup ruang angin ni. Mula-mula ibu ingat nak tutup cantik-cantik macam ibu tutup ruang angin yang dalam bilik tidur, tapi tak jadilah. Ibu sumbat guna newspaper je. Hehehe. Ibu kena buat jugak sebab tupai asyik masuk dalam rumah, pastu bila dia takdapat keluar, dia mati macamtu je. Ish. Tau-tau dah busuk. So ibu buat keputusan untuk tutup je. Habis cerita!















Yang dalam bilik ni, ibu tutup guna plastik balut bunga yang ibu dapat daripada nanny lepas lahirkan Nabil Rafeef. Hehehe. Kitar semula apa yang ada. Cantik kan?







flash card


Harini bukan hari pertama, sebab sebelum ni ibu dah pernah perkenalkan flash card dekat Nabil Rafeef. Tapi hangat-hangat tahi ayam pulak. Ish.

InsyaAllah, kali ni biarlah ini menjadi titik awal perjalanan nak mengajar Nabil Rafeef.

Chaiyok ibu!

Sunday, November 9, 2014

nak grooming siapa tu?

Harini, sedang Nabil Rafeef membelai-belai Mr Ted, tetiba Nabil Rafeef tunjuk kat bilik. Ohh, ibu faham. Nabil Rafeef nak sikat ye? So ibu pun masuk bilik ambilkan sikat. Apa lagi, terus di-grooming-nya Mr Ted tu. Hehe. 

Wednesday, November 5, 2014

pisang


Harini wan bagi pisang. Ada lah dalam 3 sikat. Dalam banyak2 pisang tu, ada satu yang kembar. Hehehe. Harap-harap lepas makan pisang kembar, ibu ada peluang dapat anak kembar pulak.


Pastu, ada pisang yang dah terbuka macamtu. Boleh makan lagi tak ek?

Wednesday, August 6, 2014

segar sentiasa dengan teamix


#Herbalife #Teamix palinggggg best!

Kalau Formula 1 tu striker, Teamix ialah attacking midfielder. Teamix ialah minuman herba yang menyegarkan hasil gabungan khasiat turun temurun teh herba dan juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden.

Ingat ABCDEF, ingat Teamix!

A - Antioksida. 
Bahan Green tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.

B - Bakar lemak.
Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.

C - Cuci perut, cuci darah.
Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dan Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin daripada Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO).

D - Detoks, diuretic.
Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.

E - Energy / Tenaga.
Teamix mengandungi kafein yang memberikan tenaga tetapi, ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.

F - Feel good.
Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerungsingan. 

Sebotol Tea mix 100g cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga lebih kurang RM4.00, ia sama harga dengan minuman 3 dalam 1 atau air tenaga dan mahal sedikit daripada setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu, mana satu yang tinggi khasiatnya. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Teamix ini, boleh tanya saya 0193727243.

*Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.

Saturday, August 2, 2014

having baby for a baby

Bismillah.




Early of my second pregnancy, when I think of this pregnancy, I am not excited. That is not the adjective that comes to mind.
I am terrified.
I could have been happy with one. I am happy with one. I never saw myself as “mother of two.”
Mother of two. Oh my God, what have I done.
It was early in my second pregnancy. So early that I was wondering about my magic ovaries and whether I was deserving of them, when so many women in my life who wanted babies yet were struggling. I was simply scared of whether I was up to the task. Whether I could get through it again. Whether I could love the second one as fiercely as I loved the first one.
One of the things I feared when I know that I am pregnant for the second time, was that I am having a baby for my baby. I am enduring another 40 weeks as human incubator to provide Nabil Rafeef with a sibling.
What I never realized at the time for some reason, was that I am giving them each other.
Now I can imagine it no other way.
When they call each other best friends; when they draw pictures at school, never one without the other; when I tuck them in together at night, side-by-side under the same quilt, wondering why the heck we got a bunk bed anyway, I can now answer my pregnant self’s oh my God, what have I done? question.
The answer makes me smile.

Sunday, March 2, 2014

ragam minggu ini





Taktahu mana datang idea ni, Nabil Rafeef tiba-tiba nak bawak barang naik kete dia. Dia letak buku lah, letak dumbell babah lah. Hehehe. Apa-apa je lah anak, asalkan bahagia.

Friday, February 28, 2014

BBQ di JB


Khamis lepas, 20 Februari 2014, ibu dan mak teh telah merancang aktiviti BBQ di JB. Sebenarnya plan asal, nak ajak pak ngah datang makan kat rumah je, tapi bila fikir-fikir balik, buat BBQ dan ajak semua orang datang best jugak!

Cabaran
1. Sebenarnya tokbi ada meeting hari khamis, tapi setelah rasa teruja nak join, tokbi telah tangguh meeting tokbi kepada hari jumaat.
2. Nekmi ada pertandingan gubahan telekung petang khamis tu. Tapi itu bukan masalah besar sebab yang akan memasak adalah ibu dan mak teh.
3. Pak ngah ada qiam. Setelah berbincang, pak ngah setuju untuk pergi qiam setelah habis makan-makan.
4. Uncle Bear ada Qiam jugak! Alamak, dah tak boleh nak tangguh hari lain BBQ ni sebab tokbi dah tangguh meeting tokbi. So sorry. Uncle bear tak dapat join kitorang :(

Menu
1. Beef
2. Lamb
3. Chicken
4. Salmon
5. Baked macaroni
6. Mashed potato
7. Mushroom soup
8. Blackpepper sauce
9. Mixed veggie
10. Moist choc cake
11. Blueberry cheese cake (Kak long bawak)
12. Fruit cocktail

Seronok! Kami ajak, cikda sefamily, Ali sefamily, kak long dan angah sefamily. Tapi yang tak bestnya sebab babah xde. hmmmmmmmmm :(

peristiwa berdarah

Selamat pagi.

Harini Nabil Rafeef bangun awal. Waktu kejadian, kitorang tengah golek-golek atas toto ambil mood. Suddenly, Nabil Rafeef panjat atas badan ibu, duduk atas perut. Entah macam mana, Nabil Rafeef terus jatuhkan badan dia ke depan, kena muka ibu. Perghh, memang terbaiklah! Pecah bibir ibu. Berdarah. Semestinya Nabil Rafeef menangis, sebab sakit kan. Kuat tu, sampai pecah bibir. Dan ibu pun nangis jugak. Ada dua sebab ibu menangis; satu sebab sakit, satu lagi sebab babah lebihkan Nabil Rafeef daripada ibu. Huuuuu. Kesian ibu.


Tuesday, February 25, 2014

sambal tempoyak daun ubi kayu







Racik halus
1.serai
2.daun kunyit
3.daun pucuk kayu

Tumbuk
4. Kunyit hidup
5. Bawang merah
6. Bawang putih
7. Cili api

CARA-CARA
-Masukkan ke dalam periuk; serai, kunyit hidup, tempoyak, santan. Gaul serata.
-Masukkan garam kasar. Gaul.
-Letak atas dapur. Hidup kan api. Gaul.
-Masukkan petai yang dah dibelah dua. Gaul.
-Masukkan ikan bilis. Gaul.
-Masukkan cili padi. Gaul.
-Bila dah agak mendidih, baru masukkan daun kunyit dan daun pucuk kayu itu.

Selamat menikmati. Sodappppp!