masam manis keluargaKZ
Pages
Saturday, October 24, 2015
Babah FIVE
Sunday, August 9, 2015
Makan sambil solat
Selalunya, bila nak solat, memang akan ajak #NabilRafeef solat sama-sama, bentang sejadah utk dia. Pernah sekali tu, tak ajak dia solat dan tak bentang sejadah utk dia, terus tarik muka masam. Merajuk.
Dah biasa dah kalau tengah-tengah solat tu, Nabil Rafeef main kejar-kejar dengan Nawal Raudhah ke, meniarap sambil main kerete dia, pastu sambung solat balik, ataupun bila tgk babah dan ibu tengah duduk tahiyat akhir, terus gelabah nak sambung solat sebab tak nak lepaskan peluang utk duduk menyenget ke kanan dan toleh ke kanan dan kiri utk beri salam.
(Ibu rasa part last ni memang favourite Nabil Rafeef sebab setiap kali tahiyat akhir, mesti dia akan toleh ke blkg utk cek samada ibu menyenget ke kanan ke tak 😅)
Tapi hari ni, masa tgh solat isyak, ibu yang kat belakang ni, dok tahan gelak je seboleh mungkin. Nabil Rafeef tgh solat tiba-tiba dia berlari ke arah depan tv. Bila dia datang balik, dia bawak mangkuk yg ada cornflakes dan susu yang dia makan sebelum solat tadi, letak tepi sejadah dia.
Sabor je lah. Tak kusyuk ibu nak solat tau! Tgh Nabil Rafeef berdiri solat, dia pergi kat mangkuk tu, suap sikit. Pastu sambung solat. Tgh sujud, dia pergi makan sikit, pastu sambung sujud. Sabo je lah.
"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hitungan amal dan pembalasan nanti"
(Ibrahim:40-41)
Tuesday, July 7, 2015
Speech Delayed : Siapa yang berisiko? dan apa tanda-tandanya?
Ibu masih lagi dalam fasa mencari jawapan tentang masalah pertuturan Nabil Rafeef ni. Ye lah, pernah ibu nak ajar supaya Nabil Rafeef sebut perkataan lorry dengan betul, instead of 'boboi', tapi sama ada Nabil Rafeef akan buat muka frust atau dia akan buat-buat tak dengar.
Sebelumni, seriously, ibu tak pernah nak ambik port sangat sebab ibu rasa soon enough, Nabil Rafeef akan pandai bercakap dengan betul dengan sendirinya dan dengan masa dia sendiri. TAPI, secara realitynya, ibu dan babah sepatutnya yang kena encourage Nabil Rafeef untuk rajin bercakap, kena bercakap penuh intonasi dan gaya, ajak menyanyi sambil menari and so on. Cakap benda yg sama berulang-ulang supaya Nabil Rafeef jelas apa yang ibu babah cuba sampaikan.
Jom cuba check list kat bawah, adakah anak-anak kita tergolong dalam golongan kanak-kanak yang berisiko untuk mengalami masalah pertuturan dan ada tak anak-anak kita tunjuk tanda-tanda ada masalah pertuturan?
Kanak-kanak berikut adalah yang berisiko untuk mengalami masalah pertuturan:
1) Ada sejarah keluarga yang mengalami masalah pertuturan.
3) Pernah dimasukkan ke NICU semasa bayi.
4) Pernah menghadapi menghadapi masalah untuk makan (hanya minum susu saja atau hanya makan bubur saja walaupun telah masuk usia 2-3 tahun)
5) Terdedah dengan tv dan gadgets sejak umur 1 tahun dalam tempoh lama setiap hari.
6) Lambat perkembangan fizikal (contoh: dah umur 1tahun 6bulan, masih belum berjalan)
Ini pula merupakan tanda-tanda kepada masalah pertuturan:
1) Terlalu aktif, kurang tumpuan apabila dipanggil dan hanya tumpu pada apa yang dia nak buat saja.
2) Tidak berminat pada permainan biasa. Hanya suka menyusun, memusing dan membelek-belek. Tapi tidak bermain secara imaginasi atau tidak kisah langsung apabila diajak bermain.
3) Usia telah masuk 2 tahun, tapi perkataan yang disebut tidak sampai 20 perkataan.
3) Telah masuk usia 4 tahun, tapi pertuturannya masih tidak difahami 100% oleh orang dewasa. Malah masih banyak pelat dan ayatnya pula pendek-pendek saja.
4) Percakapan yang gagap
– mengulang sukukata “sasasasakit”
– mengulang perkataan “dia dia dia buat”
– tersekat bunyi “bbbbbuku”
– menunjukkan perbuatan sambil gagap (terkejip mata, angguk kepala, menghentak kaki)
5) Lidah terikat @ lidah pendek. Apabila jelir lidah, kelihatan lidah berbentuk daun atau berbentuk love.
6) Bunyi suara yang keluar sengau. Walaupun kelihatannya tiada pun sumbing pada bibir.
Kadang-kadang, kita tertanya-tanya sendiri, “Kenapa anak saya lambat cakap?”, “Ini masalah keturunan ke?”, “Perlu ke anak saya buat terapi?”, kannn? Semoga senarai di atas dapat menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda kita.
Nak tahu kenapa, kadang-kadang kita lambat bertindak? Klik sini.
Monday, July 6, 2015
Speech Delayed : Kenapa lambat bertindak?
Hari ni, ibu terbaca post di Facebook berkenaan masalah lambat bercakap bagi kanak-kanak yang umur lebih kurang sebaya Nabil Rafeef, yang bakal genap 2 tahun 6 bulan esok. Ibu secara jujurnya, rasa agak risau jugak, so bila ibu ada masa lapang sikit, ibu luangkan masa untuk baca setiap komen di post tu, dan Alhamdulillah pembacaan ibu membawa ke page FB puan Ruby Atika, seorang speech therapist.
Untuk orang melayu kita, biasanya kita dimomok dengan mitos, kalau cepat jalan anak akan lambat cakap, kalau cepat tumbuh gigi pulak, anak akan lambat jalan, dan macam2 lagi cepat dan lambatnya. Tu yg kadang-kadang rasa macam, oo biasalah tu, dulu Nabil Rafeef cepat jalan, 10 bulan dah berjalan so akan lambat cakaplah. Huhuu
Kat sini ibu ada listkan sebab-sebab yang biasa kenapa mak ayah lewat memulakan proses terapi:
1) Saya ingat, biasalah anak lelaki lambat cakap.
3) Suami marah bila saya bincang masalah anak. Suami kata, saya terlalu berfikir negatif.
4) Anak saya yang sulung dulu pun lambat cakap juga. Bila dah masuk 4 tahun, dia boleh cakap macam biasa dah. Jadi saya ingat, nanti anak ni pun sama macam abang dia.
5) Dulu pak cik dia pun lambat cakap. Sekarang dah jadi doktor.
6) Saya belikan macam-macam supplement minda, air penawar dari 7 masjid. Saya usaha cara tradisional selain jumpa dengan perubatan islam. Saya ingat nak cuba cara tu dulu.
7) Anak saya ni bukan tak boleh cakap. Dia faham semua, tapi cuma tak sebut saja lagi. (Ini memang denial stage paling hebat).
8) Saya ingat nak hantar dia ke tadika dulu. Tengok perkembangan dia di tadika macam mana. Kalau tak cakap juga, baru nak mulakan terapi.
Banyak lagi sebenarnya..
Menurut Puan Ruby Atika, selagi anak tu umur 3 tahun lebih, maka masih dikira sempat untuk intervansi awal. Maknanya, kita latih dan proses intervansi ini mengharap pada prognosis (jangkaan kejayaan) yang baik. Tapi kalau datang pada usia 4 tahun ke atas, baru nak mula terapi, dalam keadaan kosa kata masih kurang 20 perkataan, masa tu memang sukar.
Macam mana kalau biar saja anak saya berkembang sendiri dan tak buat apa-apa terapi, apa akan jadi? Adakah dia akan ok saja nanti?
Puan Ruby Atika kata, jika diagnosisnya ialah severe speech delay, tak buat terapi, biar saja begitu seperti hari-hari biasa, maka kesudahannya ialah Sekolah Pendidikan Khas. Jawapan agak kejam dan sangat berterus terang. Tapi sebenarnya sebab Puan Ruby Atika harap, mak ayah di luar sana dapat kuatkan semangat untuk berusaha demi anak anda.
Jomlah kita bersusah dahulu (ketika anak bawah usia 5 tahun) adalah jauh lebih berguna daripada bersusah kemudian (apabila anak telah mencecah usia 7 tahun ke atas).
Jadi, bilakah waktu yang paling awal untuk memulakan proses terapi?
– Seawal umur 2 tahun.
– Sebaik saja rasa anak macam tak sama perkembangan bercakapnya berbanding rakan yang sebaya, so bolehlah masukkan dalam jadual harian untuk set masa berjumpa dengan speech therapist untuk membuat penilaian.
Nak tahu adakah anak-anak kita berisiko dan
menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan atau tak? Klik sini