Pages

Saturday, May 30, 2015

Mata merah

Hari khamis haritu, masa ibu main-main dengan Nawal Raudhah, ibu perasaan macam ada habuk masuk mata kiri Nawal Raudhah. Mula-mula ibu buat tak kisah je, sebab pada andaian ibu, habuk itu akan keluar dengan sendirinya. Tapi selang tak berapa lama lepas tu, ibu perasan ada tahi mata di mata Nawal Raudhah, dan ibu yakin yang tahi mata tu disebabkan ada benda asing di mata Nawal Raudhah.

Ibu dengan selamba, cuba nak keluarkan habuk dengan menyentuh biji mata Nawal Raudhah perlahan-lahan dengan menggunakan jari ibu. Argh! Agak susah jugaklah sebab tahu je lah kan, budak kecik, pasti meronta-ronta tak mahu disentuh, lebih-lebih lagi nak sentuh biji mata. Oh NO lah jawapannya kan?! Haha.

Ada beberapa kali jugak ibu cuba nak keluarkan habuk tu, tapi masih bertahi mata. 

Tengah malam hari Khamis tu, Nawal Raudhah terjaga, biasalah nak menyusu, ibu nampak, banyak sangat tahi mata di mata kanan dan kiri Nawal Raudhah. Ibu agak risau. Mungkin kesan akibat ibu sentuh biji mata Nawal Raudhah kot. 

Ibu whatsapp beberapa orang mintak tips. Ada yang kata suruh titiskan air susu ibu ke dalam mata. Hmm, tapi ibu tak buat pun. 

Hari Jumaat, biji mata kiri Nawal Raudhah merah dan masih bertahi mata. Ibu tak buat apa-apa. Ibu cuma niat, kalau hari Sabtu masih merah lagi, kita ke klinik. Ibu tanya Dr Mak Teh, tapi Dr Mak Teh pun susah nak cakap sebab tak nampak sendiri, so lebih baik jumpe doktor.

Hari Sabtu, merah semakin kurang. Alhamdulillah. So, niat nak ke klinik tu dibatalkan. Hehe.




No comments: