Pages

Friday, April 3, 2015

Tips pengurusan kewangan

Dapat perkongsian dalam group di telegram. Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama, insyaAllah.

----------------------------------

Sharing dari UZAR semasa program di Mesir semalam :

Tips Pengurusan Kewangan di STEP

1# Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada suami/ isteri supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung.

2# Duit KWSP yg diperolehi boleh dilaburkan/ buat rumah/ sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah disisi undang-undang.

3# Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.

4# Simpanan Emas, Hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.

5# Cari Emas 999.9%. Jangan beli dr H**** J**** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan lebih murah.

6# Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.

7# Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread.

8# Jangan simplistik. Kalau kita beli 1kg goldbar, ada kah org yg akan beli 1kg goldbar itu? Kena cari potential buyer awal2 kalau nk beli 1kg. Kalau beli gram sikit2, lebih mudah cari potential buyer. smile emoticon

9# Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.

10# Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.

11# Untuk yang berumur <30, ambillah takaful perubatan. Bila ambil lepas umur 30, dah susah sedikit kerana boleh jadi masa itu, dah sakit macam2.

12# Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.

13# Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila harga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.

14# Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak ayah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Cth; tak perlu astro, 3g telefon tak perlu ambil, dan beli smart tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang lebih banyak sebenarnya kereta menggunakan minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.

15# Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.

16# Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.

17# Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.

18# Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah & RasulNya. 1 dirham riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Naudzubillah.

19# Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Cth: amanah hartanah bumiputera, keuntungan 6% setahun, dpt 6 bulan sekali.

20# Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu menjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan saham ini.

21# MLM untuk orang yang tak tahu malu. Dan susah sikit nak dapat keuntungan.

22# Forex trading haram sebab ia judi.

23# Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/wi ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dpt untung yang banyak.

Tips Kerja Untuk Freshgraduates


1# Melompat kerjaya kurang bagus kerana ia tidak menghasilkan masyarakat yg ada skill. Ramai yang mahu cepat naik gaji. Baru kerja setahun, dah nak tukar tempat lain kerana cepat bosan dan suka elak ilmu baru. Maka kenalah rajin exposure dan cari pengalaman.


2# Kena lebih bekerja keras dan belajarlah segala jenis ilmu walaupun tiada kaitan dengan skop kerja kita.


3# Bisnes memang nampak indah tapi bukan mudah. Makan gaji lebih baik utk fresh graduates untuk dapatkan mentor.


4# Bila bos berbincang, curi dengar dan fahamkan apa yang dia bincangkan, bagaimana cara dia berbincang dan pelajari pendekatan high level, cara berkomunikasi dan menyampaikan matlumat dengan baik.


5# PR (public relation) kena bagus kerana mempercepatkan cara berfikir untuk kita cepat kedepan. Untuk belajar semua itu, kena makan gaji dahulu dan jangan mudah bosan.


6# Kena ada pelan peningkatan karier. Cari mentor dan dapatkan nasihat & tunjuk ajar.


7# Untuk jadi financially educated, mahu tidak mahu kita kena banyakkk membaca.


8# Menurut treasurers di bank-bank, kini adalah waktu terbaik membeli dan menyimpan emas. Simpan emas dalam bentuk fizikal.


9# Gold account di Malaysia; Maybank dan Public bank gold account haram. Sebab tiada emas fizikal, so dia jadi riba. Yang halal cuma Kuwait Finance House.


10# Hutang adalah penyebab kehinaan di dunia.


#justduit

#STEP2015

#UZAR


----------------------------------

Cuba tgk point no 19# Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Cth: amanah hartanah bumiputera, keuntungan 6% setahun, dpt 6 bulan sekali.

Alhamdulillah memang boleh untung berganda dan bersara dgn bergaya kalau simpan duit kwsp dlm unit trust public mutual. Kwn2 ibu ramai dah buat.

P/s: ibu uruskan semua dana patuh syariah saja.

No comments: