Pages

Thursday, April 9, 2015

Duduk

Alhamdulillah.



Di usia 5 bulan 23 hari, Nawal Raudhah dah boleh duduk dengan usaha sendiri.



Dan sekarang sibuk nak berdiri dan meniti ke sana sini. Alhamdulillah

Saturday, April 4, 2015

Gerhana bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.   
(Shah Alam, Sabtu 4 April 2015).

9 HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA GERHANA BULAN PADA 4 APRIL 2015.

Pada TAZKIRAH hari ini USM ingin menjelaskan sedikit tentang peristiwa gerhana bulan yang bakal berlaku pada malam ini Sabtu 4 April 2015, ianya akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu jawapan secepat/seringkas yang mungkin.

Secara tepatnya, gerhana pada malam ini akan bermula pada jam 5.01pm petang tadi. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil PENUMBRA. Pada jam 6.15pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang UMBRA, Pada jam 7.57pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang UMBRA, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang UMBRA. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi PENUMBRA.

Apakah yang dimaksudkan dengan PENUMBRA dan UMBRA?

Bayang-bayang bumi ada 2 bahagian, umbra dan penumbra. Ia terbentuk kerana sumber cahaya yang menghasilkan bayang-bayang ini, iaitu matahari, merupakan sebuah objek yang besar dan sumber cahayanya wujud dari sebuah objek berbentuk bulatan (bukannya satu titik).

Kesannya, sebahagian bayang-bayang bumi, masih ada kena tempias cahaya matahari. Maka, bayang-bayang ini tidak pekat hitam. Inilah kawasan bayang-bayang PENUMBRA.

Manakala, sebahagian lagi kawasan bayang-bayang bumi langsung tidak menerima cahaya direct matahari, maka ia lebih gelap. Kawasan ini dipanggil bayang-bayang UMBRA.

Dalam peristiwa gerhana bulan yang akan berlaku pada malam ini ada hikmah di sebaliknya. Tentunya kita sebagai seorang muslim mengambil hikmah di sebalik peristiwa alam seperti ini. 

Berikut adalah penjelasan dan hikmah mengenai peristiwa gerhana baik yang disebutkan dalam Al-Qur'an ataupun hadits yang shahih.

Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus, ayat 5:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ.

Ertinya:
Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak (penuh hikmah dan tidak sia-sia) dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui. (QS. Yunus: 5)

Dalam ayat yang lain,  Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 37:

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Ertinya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika ialah yang kamu hendak sembah". (QS. Fushilat: 37).

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : { انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَوْمَ مَاتَ إبْرَاهِيمُ ، فَقَالَ النَّاسُ : انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إبْرَاهِيمَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا ، فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى تَنْكَشِفَ } مُتَّفَقٌ عَلَ
يْهِ ، وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ " حَتَّى تَنْجَلِيَ " 
وَلِلْبُخَارِيِّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : " { فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ } "

Ertinya:
"Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Saw, yaitu pada hari wafat Ibrahim (anaknya), maka orang-orang (pada saat itu) berkata: telah terjadi gerhana matahari karena Ibrahim wafat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya matahari dan bulan diantara dua tanda kekuasaan Allah SWT, bukan karena meninggal atau lahir seseorang, apabila kalian melihat keduanya (gerhana matahari dan bulan) berdoalah kepada Allah SWT dan shalatlah hingga terbuka (gerhana tersebut selesai).
(HR. Muttafaq Alaih).

Adapun menurut riwayat Imam Bukhari:“Hingga terang (kembali)”.
Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dari Abu Bakrah radhialluhu’anhu: “Maka shalat dan berdoalah sampai terbuka (gerhana tersebut selesai) diantara kalian” 
(Imam Bukhari: 1060, 2/705. Imam Muslim: 2119, 2/457)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah SAW  bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Ertinya:
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat Aisyah yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَهَرَ فِي صَلَاةِ الْكُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ ، فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ ، وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ }. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ ، وَهَذَا لَفْظُ مُسْلِمٍ.وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ : فَبَعَثَ مُنَادِيًا يُنَادِي : الصَّلَاةَ جَامِعَةً

Ertinya:
"Dari Aisyah radiyallahu’anha, sesungguhnya Rasulullah menyaringkan bacaan pada shalat gerhana, beliau shalat dua rakaat dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud. (HR. Muslim)

Dari riwayat Ibn Abbas,  Rasulullah SAW bersabda :

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : { انْخَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى، فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا ، نَحْوًا مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ، ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ سَجَدَ ، ثُمَّ قَامَ قِيَامًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الْقِيَام الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَفَعَ ، فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ، وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ ثُمَّ سَجَدَ ، ثُمَّ انْصَرَفَ ، وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ }. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ ، وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ

Ertinya:
"Dari Ibnu Abbas, radhiyallalhu’anhuma, ia berkata, telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Saw. Beliau berdiri (shalat gerhana) begitu lama, lamanya setara dengan membaca surat al Baqarah, kemudian beliau rukuk begitu lama, kembali lagi berdiri begitu lama, yaitu berdiri bukan yang pertama (maksudnya kedua), kembali rukuk begitu lama dan bukan rukuk yang pertama, kemudian beliau sujud. Kembali beliau berdiri begitu lama dan bukan berdiri yang pertama (maksudnya rakaat kedua) kemudian beliau rukuk begitu lama, kembali lagi berdiri begitu lama, yaitu berdiri bukan yang pertama (maksudnya kedua), kembali rukuk begitu lama dan bukan rukuk yang pertama. Beliau mengangkat kepala (i’tidal) kemuadian sujud. Beliau beranjak (dari tempat shalatnya) dan gerhana matahari telah selesai lantas beliaupun khutbah terhadap orang-orang (saat itu). (HR. Bukhari)

Dari dalil- dalil di atas  dapat diambil kesimpulan bahawa gerhana bulan dan matahari ada hikmah yang terkandung di dalamnya.  Diantara hikmahnya adalah:

1.Keduanya merupakan tanda k
ebesaran dan kekuasaan Allah. (QS. Fushilat: 37).

2.Perhitungan waktu di bumi mengikuti perputaran matahari atau kita sebut kalender Masehi dan perhitungan waktu mengikuti perputaran bulan yang kita kenal dengan kalender Hijriyah. (QS. Yunus: 5).

3.Memberi peringatan kepada manusia yang suka berbuat kerosakan di atas muka bumi Allah SWT ini. 

4. Bahawasanya Kejadian Alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau kelahiran seseorang. Seperti sangkaan orang jahiliyah saat itu, mereka mengira bahwa terjadinya gerhana karena meninggalnya Ibrahim, putera Rasullah SAW. Hal ini telah disebutkan dalan hadits Bukhari dan Muslim diatas.

5.Gambaran siksa dan azab allah SWT terhadap orang-orang yang melakukan maksiat dan  berdosa kepada Allah SWT..

6.Perintah banyak berdoa ketika berlakunya gerhana yang disebutkan dalam hadits Aisyah di atas.

7.Perintah shalat, seperti dijelaskan dalam hadits Ibn Abbas diatas bahwa Rasulullah melakukan shalat gerhana dengan panjang, satu rakaat lamanya setara dengan surat al-Baqarah. Adapun tata cara shalat gerhana adalah dua rakaat dengan empat rukuk dan empat sujud sebagaimana dijelaskan dalam hadits Aisyah dan Ibnu Abbas. 
 
8. Perintah memperbanyakkan bersedekah pada waktubterjadinya gerhana, sebagaimana disebutkan dalam hadits Aisyah di atas. 

9. Megandungi Hikmah pendidikan. Bahwa proses terjadinya gerhana dapat  dibuktikan secara ilmiah. Bukan dongeng seperti  orang-orang jahiliyah, seperti bulan dimakan naga dan yang lainnya.

Mudah-mudahan peristiwa gerhana bulan yang terjadi pada malam ini sabtu 4 April, akan memberikan hikmah dan pengajaran kepada kita tentang kekuasaan Allah SWT di atas muka bumi Allah ini. Semoga kita digolongkan sebagai hamba yang beriman dengan peristiwa gerhana tersebut.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA. 
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.  
(Shah Alam, Sabtu 14 Jamadil Akhir 1436 H).

Berdiri!


5 bulan 19 hari. 

Ibu dengar suara Nawal Raudhah. Sekejap bersuara sekejap senyap. Ibu ngitai melalui celah pintu, Nawal Raudhah berdiri di cot. Oh yes! Nawal Raudhah berdiri. Amboi-amboi anak ibu, dah besar sangat kan awak ni!





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.

Friday, April 3, 2015

Tips pengurusan kewangan

Dapat perkongsian dalam group di telegram. Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama, insyaAllah.

----------------------------------

Sharing dari UZAR semasa program di Mesir semalam :

Tips Pengurusan Kewangan di STEP

1# Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada suami/ isteri supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung.

2# Duit KWSP yg diperolehi boleh dilaburkan/ buat rumah/ sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah disisi undang-undang.

3# Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.

4# Simpanan Emas, Hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.

5# Cari Emas 999.9%. Jangan beli dr H**** J**** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan lebih murah.

6# Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.

7# Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread.

8# Jangan simplistik. Kalau kita beli 1kg goldbar, ada kah org yg akan beli 1kg goldbar itu? Kena cari potential buyer awal2 kalau nk beli 1kg. Kalau beli gram sikit2, lebih mudah cari potential buyer. smile emoticon

9# Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.

10# Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.

11# Untuk yang berumur <30, ambillah takaful perubatan. Bila ambil lepas umur 30, dah susah sedikit kerana boleh jadi masa itu, dah sakit macam2.

12# Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.

13# Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila harga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.

14# Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak ayah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Cth; tak perlu astro, 3g telefon tak perlu ambil, dan beli smart tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang lebih banyak sebenarnya kereta menggunakan minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.

15# Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.

16# Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.

17# Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.

18# Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah & RasulNya. 1 dirham riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Naudzubillah.

19# Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Cth: amanah hartanah bumiputera, keuntungan 6% setahun, dpt 6 bulan sekali.

20# Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu menjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan saham ini.

21# MLM untuk orang yang tak tahu malu. Dan susah sikit nak dapat keuntungan.

22# Forex trading haram sebab ia judi.

23# Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/wi ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dpt untung yang banyak.

Tips Kerja Untuk Freshgraduates


1# Melompat kerjaya kurang bagus kerana ia tidak menghasilkan masyarakat yg ada skill. Ramai yang mahu cepat naik gaji. Baru kerja setahun, dah nak tukar tempat lain kerana cepat bosan dan suka elak ilmu baru. Maka kenalah rajin exposure dan cari pengalaman.


2# Kena lebih bekerja keras dan belajarlah segala jenis ilmu walaupun tiada kaitan dengan skop kerja kita.


3# Bisnes memang nampak indah tapi bukan mudah. Makan gaji lebih baik utk fresh graduates untuk dapatkan mentor.


4# Bila bos berbincang, curi dengar dan fahamkan apa yang dia bincangkan, bagaimana cara dia berbincang dan pelajari pendekatan high level, cara berkomunikasi dan menyampaikan matlumat dengan baik.


5# PR (public relation) kena bagus kerana mempercepatkan cara berfikir untuk kita cepat kedepan. Untuk belajar semua itu, kena makan gaji dahulu dan jangan mudah bosan.


6# Kena ada pelan peningkatan karier. Cari mentor dan dapatkan nasihat & tunjuk ajar.


7# Untuk jadi financially educated, mahu tidak mahu kita kena banyakkk membaca.


8# Menurut treasurers di bank-bank, kini adalah waktu terbaik membeli dan menyimpan emas. Simpan emas dalam bentuk fizikal.


9# Gold account di Malaysia; Maybank dan Public bank gold account haram. Sebab tiada emas fizikal, so dia jadi riba. Yang halal cuma Kuwait Finance House.


10# Hutang adalah penyebab kehinaan di dunia.


#justduit

#STEP2015

#UZAR


----------------------------------

Cuba tgk point no 19# Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Cth: amanah hartanah bumiputera, keuntungan 6% setahun, dpt 6 bulan sekali.

Alhamdulillah memang boleh untung berganda dan bersara dgn bergaya kalau simpan duit kwsp dlm unit trust public mutual. Kwn2 ibu ramai dah buat.

P/s: ibu uruskan semua dana patuh syariah saja.

Thursday, April 2, 2015

Jom duduk


Alhamdulillah.

Di saat umur Nawal Raudhah mencecah 5 bulan 17hari, Nawal Raudhah dah semakin kuat untuk duduk dengan bantuan ibu. 


So apa lagi, memang dah tak nak baringlah jawabnya. Kalau ibu tak bantu untuk duduk, Nawal Raudhah akan mengemop satu rumah, lepas tu panjat mana yang boleh panjat.

Alhamdulillah.





Tapi ingat tau bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan kat atas merupakan pengalaman peribadi.