Pages

Friday, February 28, 2014

BBQ di JB


Khamis lepas, 20 Februari 2014, ibu dan mak teh telah merancang aktiviti BBQ di JB. Sebenarnya plan asal, nak ajak pak ngah datang makan kat rumah je, tapi bila fikir-fikir balik, buat BBQ dan ajak semua orang datang best jugak!

Cabaran
1. Sebenarnya tokbi ada meeting hari khamis, tapi setelah rasa teruja nak join, tokbi telah tangguh meeting tokbi kepada hari jumaat.
2. Nekmi ada pertandingan gubahan telekung petang khamis tu. Tapi itu bukan masalah besar sebab yang akan memasak adalah ibu dan mak teh.
3. Pak ngah ada qiam. Setelah berbincang, pak ngah setuju untuk pergi qiam setelah habis makan-makan.
4. Uncle Bear ada Qiam jugak! Alamak, dah tak boleh nak tangguh hari lain BBQ ni sebab tokbi dah tangguh meeting tokbi. So sorry. Uncle bear tak dapat join kitorang :(

Menu
1. Beef
2. Lamb
3. Chicken
4. Salmon
5. Baked macaroni
6. Mashed potato
7. Mushroom soup
8. Blackpepper sauce
9. Mixed veggie
10. Moist choc cake
11. Blueberry cheese cake (Kak long bawak)
12. Fruit cocktail

Seronok! Kami ajak, cikda sefamily, Ali sefamily, kak long dan angah sefamily. Tapi yang tak bestnya sebab babah xde. hmmmmmmmmm :(

peristiwa berdarah

Selamat pagi.

Harini Nabil Rafeef bangun awal. Waktu kejadian, kitorang tengah golek-golek atas toto ambil mood. Suddenly, Nabil Rafeef panjat atas badan ibu, duduk atas perut. Entah macam mana, Nabil Rafeef terus jatuhkan badan dia ke depan, kena muka ibu. Perghh, memang terbaiklah! Pecah bibir ibu. Berdarah. Semestinya Nabil Rafeef menangis, sebab sakit kan. Kuat tu, sampai pecah bibir. Dan ibu pun nangis jugak. Ada dua sebab ibu menangis; satu sebab sakit, satu lagi sebab babah lebihkan Nabil Rafeef daripada ibu. Huuuuu. Kesian ibu.


Tuesday, February 25, 2014

sambal tempoyak daun ubi kayu







Racik halus
1.serai
2.daun kunyit
3.daun pucuk kayu

Tumbuk
4. Kunyit hidup
5. Bawang merah
6. Bawang putih
7. Cili api

CARA-CARA
-Masukkan ke dalam periuk; serai, kunyit hidup, tempoyak, santan. Gaul serata.
-Masukkan garam kasar. Gaul.
-Letak atas dapur. Hidup kan api. Gaul.
-Masukkan petai yang dah dibelah dua. Gaul.
-Masukkan ikan bilis. Gaul.
-Masukkan cili padi. Gaul.
-Bila dah agak mendidih, baru masukkan daun kunyit dan daun pucuk kayu itu.

Selamat menikmati. Sodappppp!