Harini ibu terlebih rajin. Potong daun pisang kat belakang rumah. Fuyoo.
Pages
Wednesday, September 25, 2013
Monday, September 16, 2013
selamat hari lahir!
Dah genap 4 tahun. Sekejap je. Tahun depan dah boleh pergi tadika. Jadi anak-anak yang solehah okay!
Happy birthday!
Thursday, September 12, 2013
tokbi ada meeting lagi
Hari ni, tokbi ada meeting lagi. Tokbi tak datang berseorangan. Ada peneman.
Petang sikit. Kami pergi taman permainan. Takboleh lama sangat sebab tokbi kena sampai Johor sblm pukul 11 malam.
Tuesday, September 10, 2013
Monday, September 9, 2013
welcome home, Maryam Athiyah!
lena
Hari ni ibu ada kelas, so macam biasa lah, semua kena angkut pagi-pagi follow ibu ke Bestari Jaya, tempat paling favourite sekali. haha. Dan macam biasa jugak lah, ibu melangkah keluar dari kereta dengan rasa yang berat sekali, untuk meninggalkan anak teruna ibu walaupun hanya untuk seketika. sobs sobs. Ibu tutup pintu kereta perlahan-lahan sebab tak nak Nabil Rafeef terjaga, so boleh lah babah rest sementara Nabil Rafeef belum bangun.
Laju ibu melangkah ke kelas, risau kalau terlambat masuk. Pusing-pusing fakulti, roger sana sini, rupanya kelas cancel. pheww. Awatlah tak habaq awai-awai? So ape lagi, melangkah laju penuh keriangan lah ibu ke arah kereta sebab kelas cancel. yeay!
Sampai di kereta, inilah pemandangan yang ibu nampak. Rasa sayu pulak. Sebab taknak kacau babah tidur, so ibu tunggu babah terjaga barulah ibu masuk dalam kereta.
nanny off to Terengganu.
Last thursday night, we sent nanny to bus station because nanny has work to do. So, Cik Helen stays with us.
Wednesday, September 4, 2013
ikhlas. kerana cinta.
Bismillah
Semoga ibu mampu terus-terusan buat random sweet moves, pada babah, pada anak-anak ibu, pada yang ibu sayang.
Love my man with no hope and expectation.
Ikhlas. kerana cinta.
Tuesday, September 3, 2013
tokbi bermalam di rumah
Semalam tokbi singgah rumah. Eh bukan singgah, tapi bermalam di rumah kita.
Tokbi ada meeting di Uniten, Bangi. Harini ada sambungan meeting lagi, so kena stay somewhere lah. Kalau last week, tokbi bermalam di rumah Tuan Rashid. Tapi minggu ni Tuan Rashid tak ada. Dia ke Jakarta. Daripada tidur di hotel, ibu ajak tokbi tido di J26.
Semalam tokbi puasa. Ibu masak ayam sambal, sawi goreng dgn telur dadar je. Alhamdulillah dapat berbuka puasa berempat dengan tokbi.
Sepanjang malam tokbi siapkan kerja dalam bilik. Ada lah tidur kejap-kejap. Kalau Nabil Rafeef dah besar, mesti Nabil Rafeef akan selalu usik tokbi buat keje kan?
Sebelum tokbi gerak pergi Uniten, Bangi harini, kita ber-english breakfast dulu. Alhamdulillah.
Selamat bermeeting, tokbi !
Monday, September 2, 2013
kisah kita
Bismillah
Dulu masa ibu kecil, ibu suka sangat tulis diary. Ibu luahkan apa yang ibu rasa dalam diary. Bila bosan atau sunyi, atau sebab ibu nak ingat balik cerita lama, ibu buka diary, ibu baca balik. Kadang-kadang, ibu baca sehelai dua je, tapi selalunya ibu akan baca banyak helai sampai tertangguh aktiviti harian ibu. Tahu-tahu je dah senja rupanya.
Seronok ada diary! Bila baca tu, sengih sendiri. Kadang-kadang sampai nangis.
So sekarang, ini diary kita. Kita coretkan rasa hati kita di sini.
Inilah kisah kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)