Pages

Friday, December 20, 2013

taman subur atas kepala

Di suatu petang,

Babah   : Apesal lah diorg ni suka taman atas kepala.
Ibu        : Yang banyak2 manik bunga kat tudung atas kepala ke?
Babah   : Ye lah. Nasib baik lah tak ada swimming, takde pokok2..
Ibu        : Erk.

(pheww, nasib baik tak terbeli. Kalau tak, kaw-kaw kena kutuk)

Sunday, October 6, 2013

kad birthday siapa?


My husband is not a typical romantic person that every wife dream to. Yes, me too! But deep inside him, there is different way of showing his love. Haha!

Kad ni tersembunyi di bawah  rimbunan recycle paper. Mesti babah dah lupa! Haha. But yet ibu found it. And suddenly hati ibu terharu. 

Should i tell him? Atau tunggu babah serahkan sendiri? 
Atau kad ini bukan untuk ibu?

spagetti


Memang selalu je ibu masak spageti sebab babah suka makan. Harini ibu masak lagi sebab err, kena ada sebab ke? Okay, fine. Sebab makteh nak datang. ohyeaayy!


Hi makteh!

Wednesday, September 25, 2013

nasi lemak


Harini ibu terlebih rajin. Potong daun pisang kat belakang rumah. Fuyoo.

Monday, September 16, 2013

selamat hari lahir!


Dah genap 4 tahun. Sekejap je. Tahun depan dah boleh pergi tadika. Jadi anak-anak yang solehah okay!

Happy birthday!

Thursday, September 12, 2013

tokbi ada meeting lagi

Hari ni, tokbi ada meeting lagi. Tokbi tak datang berseorangan. Ada peneman.



Petang sikit. Kami pergi taman permainan. Takboleh lama sangat sebab tokbi kena sampai Johor sblm pukul 11 malam.




Monday, September 9, 2013

Good luck, Cik Helen!



welcome home, Maryam Athiyah!

  
 
Setelah entah beberapa hari kena tahan wad sebab tak cukup berat, akhirnya dapat jugak Maryam Athiyah balik ke rumah. Alhamdulillah. Anak perempuan ketiga angah. Semoga jadi anak solehah!


lena


Hari ni ibu ada kelas, so macam biasa lah, semua kena angkut pagi-pagi follow ibu ke Bestari Jaya, tempat paling favourite sekali. haha. Dan macam biasa jugak lah, ibu melangkah keluar dari kereta dengan rasa yang berat sekali, untuk meninggalkan anak teruna ibu walaupun hanya untuk seketika. sobs sobs. Ibu tutup pintu kereta perlahan-lahan sebab tak nak Nabil Rafeef terjaga, so boleh lah babah rest sementara Nabil Rafeef belum bangun.

Laju ibu melangkah ke kelas, risau kalau terlambat masuk. Pusing-pusing fakulti, roger sana sini, rupanya kelas cancel. pheww. Awatlah tak habaq awai-awai? So ape lagi, melangkah laju penuh keriangan lah ibu ke arah kereta sebab kelas cancel. yeay!

Sampai di kereta, inilah pemandangan yang ibu nampak. Rasa sayu pulak. Sebab taknak kacau babah tidur, so ibu tunggu babah terjaga barulah ibu masuk dalam kereta.


nanny off to Terengganu.

Last thursday night, we sent nanny to bus station because nanny has work to do. So, Cik Helen stays with us.



Wednesday, September 4, 2013

ikhlas. kerana cinta.



Bismillah

Semoga ibu mampu terus-terusan buat random sweet moves, pada babah, pada anak-anak ibu, pada yang ibu sayang.

Love my man with no hope and expectation.

Ikhlas. kerana cinta.

Tuesday, September 3, 2013

tokbi bermalam di rumah



Semalam tokbi singgah rumah. Eh bukan singgah, tapi bermalam di rumah kita.

Tokbi ada meeting di Uniten, Bangi. Harini ada sambungan meeting lagi, so kena stay somewhere lah. Kalau last week, tokbi bermalam di rumah Tuan Rashid. Tapi minggu ni Tuan Rashid tak ada. Dia ke Jakarta. Daripada tidur di hotel, ibu ajak tokbi tido di J26. 

Semalam tokbi puasa. Ibu masak ayam sambal, sawi goreng dgn telur dadar je. Alhamdulillah dapat berbuka puasa berempat dengan tokbi.

Sepanjang malam tokbi siapkan kerja dalam bilik. Ada lah tidur kejap-kejap. Kalau Nabil Rafeef dah besar, mesti Nabil Rafeef akan selalu usik tokbi buat keje kan?

Sebelum tokbi gerak pergi Uniten, Bangi harini, kita ber-english breakfast dulu. Alhamdulillah.

Selamat bermeeting, tokbi !

Monday, September 2, 2013

kisah kita

Bismillah

Dulu masa ibu kecil, ibu suka sangat tulis diary. Ibu luahkan apa yang ibu rasa dalam diary. Bila bosan atau sunyi, atau sebab ibu nak ingat balik cerita lama, ibu buka diary, ibu baca balik. Kadang-kadang, ibu baca sehelai dua je, tapi selalunya ibu akan baca banyak helai sampai tertangguh aktiviti harian ibu. Tahu-tahu je dah senja rupanya. 

Seronok ada diary! Bila baca tu, sengih sendiri. Kadang-kadang sampai nangis.

So sekarang, ini diary kita. Kita coretkan rasa hati kita di sini.

Inilah kisah kita.